awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Filipina perketat peraturan penggunaan bukti media sosial
Proses pengundian pilihan raya umum di Republik Afrika Tengah bermula
Kira-kira 830 migran, pelarian tiba di Pulau Crete, ramai larikan diri dari Libya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratusan ribu hadir sambutan Thaipusam di Batu Caves

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
05/02/2023
01:07 MYT
Ratusan ribu hadir sambutan Thaipusam di Batu Caves
Keadaan di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam pagi ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ratusan ribu pengunjung dianggarkan hadir bagi meraikan sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves dekat sini hari ini.
Tinjauan Astro AWANI mendapati, orang ramai terutamanya penganut agama Hindu mula memasuki lokasi berkenaan sejak awal pagi.
Malah, menurut pengawal keselamatan bertugas yang ditemui, kesesakan di kawasan itu bermula seawal jam 1 pagi.
Bagaimanapun, keadaan terkawal dan lancar setakat ini dengan upacara keagamaan penganut tersebut dapat dilakukan tanpa sebarang masalah.
Kepelbagaian acara perarakan kavadi juga menarik perhatian pengunjung yang bukan sahaja terdiri daripada penduduk tempatan tetapi juga warga asing.
Kebanyakan mereka nyata terpukau dengan keunikan sambutan Thaipusam sebagai salah satu perayaan masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang diraikan dengan begitu harmoni.
Semalam Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata, pihaknya mengambil semua langkah dan persediaan awal bagi menjamin keselamatan pengunjung.
Menurutnya, hampir 2,000 anggota polis dengan kerjasama 11 agensi luar ditempatkan di sekitar kawasan Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan perayaan Thaipusam kali ini.
Beliau juga berkata, pihak polis menjangkakan lebih 300,000 pengunjung akan berada di Batu Caves bermula petang semalam hingga hari ini.
Topic Berkaitan
#Batu Caves
#Thaipusam
#warga asing
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan