KUALA LUMPUR:Pernah cedera sehingga tulang betis hancur kira-kira 10 sentimeter (cm) namun pelumba muda negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril kembali bangkit untuk beraksi semula.
Menariknya, remaja berusia 18 tahun itu yang pada awalnya dilihat tiada lagi harapan untuk kakinya diselamatkan, bakal menyertai Kejohanan Superbike Malaysia pada minggu depan.
"Saya meletakkan sasaran untuk mendapat sekurang-kurangnya tiga tempat teratas," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Selasa.
Sebelum ini, Danial Syahmi yang mengalami kecederaan serius di kakinya selepas terjatuh ketika bersaing sengit pencabarnya dari Jepun di garisan penamat perlumbaan sokongan Grand Prix (GP) Malaysia, pada November 2018, 'berkampung' di Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC) selama hampir 10 bulan untuk menerima rawatan sel stem.
Selepas sebulan keluar dari hospital, Danial Syahmi tetap cekal untuk meneruskan kariernya dalam sukan permotoran apabila menyertai dua kejohanan termasuk mendapat tempat pertama.
Sementara itu, Pakar Perunding Ortopedik KLSMC, Dr Saw Khay Yong berkata, selepas menjalani pembedahan dan rawatan sel stem selama 10 bulan, tulang kaki pelumba muda itu kini tumbuh semula kira-kira 13 cm.
"Rawatan menggunakan sel stem membantu mempercepatkan proses pemulihan dan menjadikan tulang itu kuat.
"Tanpa sel stem, tulang masih boleh tumbuh namun ia akan mengambil masa lama.
"Berbanding 10 bulan, proses itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua tahun dan tidak akan memungkinkan dia menyertai kejohanan dengan begitu cepat," katanya.
Khay Yong menjelaskan, meskipun ia bukan pembedahan pertama beliau menggunakan sel stem, namun kes Danial Syahmi sedikit komplikasi.
"Pembedahan yang saya pernah lakukan sebelum ini tidak melibatkan tulang yang sepanjang 10 cm," katanya.
Beliau turut memberitahu, proses pembinaan semula tulang Danial Syahmi ketika menerima rawatan juga menunjukkan perkembangan yang sangat positif.
Astro Awani
Tue Dec 22 2020
Danial Syahmi Ahmad Shahril berkata, dia meletakkan sasaran untuk mendapat sekurang-kurangnya tiga tempat di atas dalam kejohanan yang bakal disertainya. - Bernama
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Rawatan sel stem bawa pelumba muda beraksi semula
Menariknya, remaja berusia 18 tahun itu yang pada awalnya dilihat tiada lagi harapan untuk kakinya diselamatkan bakal menyertai Kejohanan Superbike Malaysia, pada minggu depan.