KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Raya tahun ini memancarkan sinar gembira tidak terhingga kepada orang ramai yang menyambutnya, kerana kini mereka dapat pulang ke kampung halaman bertemu orang yang dirindui.
Sejak dua tahun lepas, suasana suram sambutan perayaan memang tidak dinafikan susulan pelaksanaan sekatan, dan kini apabila negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik, tiada lagi sekatan, inilah peluang untuk bersiar-siar, melancong, melawat sanak saudara, membeli belah, dan macam-macam lagi.
Bagaimanapun Aidilfitri kali ini tidak menampakkan sebarang sinar bahagia bagi dua remaja yang terpaksa memikul beban menguruskan keluarga masing-masing, apabila kedua-dua ibu bapa meninggal dunia hujung tahun lepas akibat COVID-19.
Bagi Nur Adriana Aleeya,17, dari Perak yang kehilangan ibu bapa, Zulkifli Mohd Yusof, 38, dan Nor Azira Mohamed, 40, September lepas, hari raya tahun ini benar-benar berbeza bagi beliau dan adik-adiknya Muhammad Zafrul Aiman, 12, dan Muhammad Umar Mikail, 8.
Nur Adriana Aleeya berkata mereka adik beradik masih tidak dapat menahan kepiluan mengenang kehilangan ibu bapa mereka akibat komplikasi COVID-19, yang jelas mengajar mereka erti kehidupan dan betapa pentingnya menyayangi ibu bapa semasa hayat mereka.
"Pandemik telah meragut nyawa ibu bapa kami, kini tanggungjawab saya adalah untuk menjaga dua adik saya yang masih terlalu muda ini. Saya amat berterima kasih terhadap datuk dan nenek serta saudara mara yang banyak membantu, agar kami dapat meneruskan pengajian.
"Memang kesedihan tidak dapat digambarkan, ini kali pertama kali berhari raya tanpa kedua-dua ibi bapa, namun dengan sokongan ramai, Insya-Allah kami akan peroleh kekuatan yang diperlukan untuk menempuh hari-hari yang mencabar ini," kata pelajar tingkatan lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gerik itu.
Sementara itu pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berumur 24 tahun, Amirul Rashidi Musa dari Negeri Sembilan yang kini bekerja sebagai rider penghantar makanan, beliau juga adalah seorang lagi anak muda yang terpaksa mengharungi Hari Raya ini buat kali pertama tanpa belaian kasih ibu bapa.
Amirul yang kehilangan ibu bapa pada bulan Disember lepas berkongsi kisah sedih semasa berbuka puasa dengan hanya roti berinti krim, di sebuah restoran Shah Alam baru-baru ini.
"Ketika saya baru nak berbuka, saya terdengar bunyi takbir raya dan orang-orang di dalam kedai makan itu bersorak 'esok raya' dan ketika itu air mata saya mula berjurai tidak henti.
"Saya faham ini semua kehendak Tuhan, saya dah terima dengan hati yang terbuka," katanya.
Amirul berkata beliau dan adiknya Izzat Rashidi, 20, hanya berbelanja ala kadar untuk sambutan hari raya tahun ini, tambahan pula kedua-dua mereka sibuk mencari rezeki.
"Alhamdulilah, saya sempat membeli-belah bersama adik untuk membeli baju Melayu dan beraya bersama ibu saudara kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 04 2022
Aidilfitri kali ini tidak menampakkan sinar bahagia bagi dua remaja yang kehilangan ibu bapa mereka akibat COVID-19, tahun lalu. - Gambar hiasan
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.