Rayuan haji 1447H/2026M mula dibuka pada 3 Nov - Tabung Haji

TH membuka proses rayuan haji lebih awal bagi memberi kemudahan kepada bakal haji untuk membuat persediaan dengan lebih rapi. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bakal jemaah yang tidak terpilih menunaikan haji tahun depan berpeluang mengemukakan permohonan rayuan apabila Lembaga Tabung Haji (TH) membuka proses rayuan musim haji 1447 Hijrah/2026 Masihi mulai 3 November ini.
Ringkasan AI
- Tabung Haji membuka permohonan rayuan lebih awal melalui aplikasi dan laman web THiJARI bagi memudahkan persediaan bakal jemaah.
- Antara faktor diambil kira termasuk tempoh pendaftaran, umur, baki simpanan, kehadiran kursus asas haji dan kekerapan rayuan; dengan syarat simpanan minimum RM15,000.
- Jemaah rayuan perlu membayar kos penuh selaras dengan konsep istitoah, dengan keutamaan diberi kepada pengiring jemaah lanjut usia dan OKU.
Menurutnya, pelaksanaan lebih awal itu juga membolehkan semakan dan pertimbangan dilakukan secara menyeluruh sebelum senarai jemaah haji dimuktamadkan.
“TH membuka proses rayuan haji lebih awal bagi memastikan bakal haji mempunyai masa mencukupi untuk membuat perancangan kewangan, kesihatan dan logistik,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.
Mohd Hisham menjelaskan, bagi permohonan rayuan luar giliran bagi tahun haji semasa, beberapa kriteria akan diambil kira dalam proses pertimbangan merit.
Antaranya ialah tempoh pendaftaran haji, umur pemohon, purata baki simpanan akaun TH, kekerapan permohonan rayuan serta kehadiran ke Kursus Asas Haji yang dikendalikan oleh TH.
Beliau berkata, permohonan rayuan haji hanya terbuka kepada pendeposit yang mempunyai simpanan minimum RM15,000 dalam akaun Tabung Haji masing-masing.
Katanya, kadar bayaran haji bagi jemaah yang terpilih melalui proses rayuan adalah sebanyak RM33,300, iaitu kos penuh menunaikan haji bagi musim 1447 Hijrah/2026 Masihi.
Kadar itu, jelas beliau, selaras dengan konsep 'istitoah' atau kemampuan yang menjadi syarat utama bagi mereka yang ingin menunaikan ibadat haji.
“Seperti tahun-tahun sebelumnya, TH akan memberi keutamaan kepada permohonan rayuan mahram dan pengiring kepada jemaah lanjut usia serta individu kelainan upaya (OKU) yang terpilih,” tambahnya.
Mohd Hisham berkata, pihaknya berharap bakal jemaah yang memohon rayuan dapat membuat semakan dari semasa ke semasa melalui THiJARI bagi mengetahui status permohonan masing-masing.
Lembaga Tabung Haji (TH) akan membuka permohonan rayuan untuk mengerjakan ibadat haji bagi tahun 1447 Hijrah/2026 Masihi melalui aplikasi dan laman sesawang THiJARI bermula 3 Nov.
Ketua Jabatan Haji TH Mohd Hisham Harun dalam kenyataan hari ini, berkata TH membuka proses rayuan haji lebih awal bagi memberi kemudahan kepada bakal haji untuk membuat persediaan dengan lebih rapi dan memastikan proses permohonan rayuan dapat dilaksanakan dengan lancar.
"Bagi permohonan rayuan luar giliran bagi tahun haji semasa, beberapa kriteria akan diambil kira dalam proses pertimbangan merit permohonan antaranya tempoh pendaftaran haji, umur, purata baki simpanan akaun TH, kekerapan permohonan rayuan serta kehadiran ke Kursus Asas Haji dikendalikan TH," katanya.
Beliau berkata permohonan rayuan haji terbuka kepada pendeposit yang mempunyai simpanan minimum RM15,000 dalam akaun TH masing-masing.
Kadar bayaran haji ditetapkan kepada jemaah terpilih melalui proses rayuan ialah kos haji penuh sebanyak RM33,300 bagi musim haji 1447H/2026M, selaras dengan konsep istitoah (kemampuan).
"Seperti tahun sebelumnya, TH akan memberi keutamaan kepada permohonan rayuan mahram dan pengiring jemaah lanjut usia serta jemaah kelainan upaya (OKU) yang terpilih menunaikan haji bagi musim haji 1447H/2026M," katanya.
Pendeposit boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses permohonan, semakan kategori rayuan dan status permohonan melalui aplikasi THiJARI atau laman sesawang www.thijari.com.my.
Orang ramai boleh melayari www.tabunghaji.gov.my atau menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) menerusi talian 03-6207 1919 untuk pertanyaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


