KUALA LUMPUR:Perjanjian Perkongsian Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP) yang dimerterai baru-baru ini membuktikan bahawa Malaysia beserta ASEAN dan lima Rakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) kesatuan itu akan terus memperkukuhkan integrasi ekonomi, memudahcara perdagangan dan pelaburan rentas sempadan serta mengurangkan halangan bukan tarif.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perjanjian RCEP merupakan FTA yang terbesar merangkumi 2.2 bilion atau hampir sepertiga (29.7 peratus) penduduk dunia dan menyumbang sebanyak US$24.8 trilion atau hampir sepertiga (28.9 peratus) keluaran dalam negara kasar (KDNK) global berdasarkan data Bank Dunia pada tahun 2018.
"RCEP dapat menyegerakan proses pemulihan ekonomi serantau dan negara kita pasca COVID-19 menerusi pembukaan pasaran, pertambahan pelaburan, peningkatan fasilitasi perdagangan termasuk integrasi industri khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ke dalam rantaian nilai serantau," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Di sebalik segala cabaran dan ketidaktentuan ekonomi global yang dicetuskan oleh penularan COVID-19, Mohamed Azmin berkata segala usaha serta perancangan rapi kerajaan untuk membina semula dan mencerdaskan ekonomi negara telah menampakkan hasil.
"Bank Negara Malaysia, dalam laporannya, menyatakan KDNK benar pada suku ketiga 2020 mencatatkan kemerosotan sebanyak 2.7 peratus.
"Penguncupan kadar KDNK yang jauh lebih kecil pada suku ketiga tahun ini berbanding suku kedua 2020 iaitu -17.1 peratus mencerminkan kegiatan ekonomi yang semakin meningkat dan berkembang," katanya.
Pemulihan ekonomi negara adalah hasil dari tindakan bertanggungjawab Kerajaan melaksanakan empat pakej ransangan ekonomi, PRIHATIN, PRIHATIN SME, PENJANA dan Kita PRIHATIN dengan jumlah RM305 bilion.
Pembukaan sektor ekonomi serta permintaan luaran yang meningkat juga telah membantu merancakkan semula aktiviti-aktiviti perniagaan dan pelaburan.
"Kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin akan terus berusaha membela watan agar Malaysia terus membangun sebagai sebuah negara yang progresif dalam semua aspek.
"Kita mahu jadikan 2021 sebagai tahun yang menjanjikan kemakmuran, keamanan serta kesatuan rakyat dan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 31 2020

Kata Azmin, RCEP dapat menyegerakan proses pemulihan ekonomi serantau dan negara kita pasca COVID-19. - Bernama
Generasi Sandwich: Bebanan bertambah, sokongan institusi diperlukan
Generasi Sandwich yang merujuk kepada kumpulan yang terhimpit antara tanggungjawab dan terkesan dengan bebanan tugasan menyaksikan peningkat jumlah wanita yang tergolong dalam kelompok itu.

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.

Azmin setuju debat dengan Rafizi dengan syarat
Rafizi terlebih dahulu perlu membuktikan telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.

Azmin beri bayangan tidak bertanding PRN
Mohamed Azmin secara peribadi berkata sudah tiba masa untuknya memberikan laluan kepada tokoh muda dalam Perikatan Nasional (PN).

'Kerusi panas' PRU15: Kempen 'membara' iringi pertembungan nama besar di Gombak
Bagaimana setiap calon melaksanakan tanggungjawab dan hala tuju serta pengisian kempen bakal menentukan pemenangnya.

PRU15: Azmin yakin mampu pertahan Gombak
Ia susulan penerimaan penduduk Gombak terhadapnya selain hakikat dirinya sendiri adalah penduduk jati kawasan Parlimen itu.

Masa paling sesuai adakan PRU15 adalah sekurang-kurangnya enam bulan lagi - Azmin
Masa yang paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 adalah sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan lagi, ujar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin ucap takziah kepada keluarga Mustapha Kamal
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh korporat dan pengasas Emkay Group, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar yang meninggal dunia pagi Isnin.

PKR tidak akan kerjasama dengan Azmin
PKR tidak akan berbincang atau bekerjasama dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Itu ketetapan yang dibuat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas mesyuarat yang diadakan pada Isnin

Azmin, Rashid akan tinggalkan Bersatu? Ini penjelasan Muhyiddin...
Muhyiddin menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak benar dan beliau sering berbincang dengan Azmin mengenai masa depan Bersatu.

Menteri ekonomi ASEAN rangka rancangan kerja serantau
Sesi pemukiman tersebut akan turut meneruskan perbincangan dalam menetapkan keutamaan bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi serantau.

Malaysia muncul negara paling menarik di rantau Asia Tenggara untuk pelaburan asing
Ini didorong oleh kejayaan negara menarik lebih RM220 bilion pelaburan yang diluluskan pada 2021.