KUALA LUMPUR:Malaysia menghormati pendirian India yang tidak mahu menyertai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) tetapi kekal berharap Rakan Dialog ASEAN itu akan menyertai perjanjian perdagangan bebas terbesar itu pada masa depan.
Ketika berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-17 secara maya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia menghargai penyertaan aktif dan sumbangan berharga yang dihulurkan India ketika rundingan dan proses awal pembentukan Perjanjian RCEP.
India memilih untuk mengundur diri daripada rundingan RCEP pada November 2019. Dengan itu, Perjanjian RCEP yang dijadual ditandatangani pada hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 Ahad ini serta siri mesyuarat berkaitan, hanya akan disertai 10 negara anggota ASEAN serta Australia, China, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.
Muhyiddin menegaskan, Malaysia dan ASEAN menganggap India sebagai rakan penting dan strategik dengan dagangan antara ASEAN dan India meningkat ketara sejak bertahun-tahun.
Beliau berkata, pada 2019, India adalah rakan dagang keenam terbesar dalam kalangan Rakan Dialog ASEAN dengan jumlah dagangan mencecah US$77 bilion.
"Perkongsian ini kelihatan berkembang baik sejajar dengan inisiatif pembangunan ekonomi ASEAN serta perubahan seni bina ekonomi di Asia. Dalam konteks ini, kedua-dua pihak perlu melipatgandakan usaha bagi meneroka lebih banyak potensi yang wujud dalam hubungan dagang serta ekonomi lain," katanya.
Dialog ASEAN India bermula 1992 pada peringkat rakan dialog sektorial tetapi penyertaannya dinaik taraf sebagai Rakan Dialog penuh pada Disember 1995.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau gembira pegawai daripada kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan rundingan membabitkan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA).
Malaysia percaya semakan itu penting bagi memastikan AITIGA kekal relevan dan lebih banyak penambahbaikkan berkaitan hubungan dagang serta meningkatkan rantaian bekalan demi kemakmuran ASEAN dan India, katanya.
Perdana Menteri berharap semua pihak tidak mengenakan atau mengambil langkah perlindungan terhadap barangan masing-masing kerana ia boleh memberi kesukaran dan cabaran, lebih-lebih lagi ketika penularan wabak COVID-19.
"ASEAN dan India mesti bekerjasama bagi memastikan sempadan kita kekal terbuka dan prosedur perdagangan dipermudahkan," katanya.
Muhyiddin turut mengetengahkan kepentingan penerapan penyelesaian digital dalam proses pemulihan ekonomi dengan merebut peluang yang tersedia ekoran transformasi digital semasa seperti e-dagang dan Revolusi Industri 4.0.
"Malaysia percaya transformasi digital akan membantu kita menyediakan benteng terhadap pertumbuhan ekonomi rantau ini. Dengan itu, ASEAN dan India mesti mempercepat proses pendigitalan dan pembaharuan ekonomi bagi menangani cabaran berkenaan," katanya.
Muhyiddin mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 secara maya yang dihoskan Vietnam selaku pengerusi ASEAN, bermula 12 hingga 15 November.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 13 2020
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada Majlis Pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-37 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan yang diadakan secara maya di ibu negara, hari ini. - Foto BERNAMA
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.
Isu sokong MB Selangor: Mana ada kartel? - Muhyiddin
Presiden BERSATU itu menegaskan, parti tersebut bergerak berdasarkan Perlembagaan dan memiliki peraturan yang perlu dipatuhi.
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
PN tekad tingkatkan sokongan dari kalangan bukan Melayu dan Bumiputera - Muhyiddin
Perikatan Nasional perlu meningkatkan lagi usaha untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu dan Bumiputera, terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar
Anwar menempelak kenyataan Muhyiddin berhubung cabaran kepada kerajaan bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi di lima kawasan Parlimen dan satu DUN.