Skip to main content

Malaysia

RCI Tabung Haji: SPRM dedah identiti 11 individu ditahan

Putrajaya , 2 September 2026. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , Datuk Seri Abdul Halim Aman pada sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.Astro AWANI /SHAHIR OMAR
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, di sini pada Rabu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Advertisement

PUTRAJAYA: Seramai 11 individu setakat ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, mengesahkan perkara itu dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM, di sini, pada Rabu.

Berikut senarai individu yang ditahan:

1) Bekas Pengarah Urusan TH (61 tahun)
2) Pengarah Syarikat Putrajaya Perdana (59 tahun)
3) Bekas Pengarah Putra Perdana Construction Sdn Bhd (61 tahun)
4) Bekas Pengerusi Tabung Haji (60 tahun)
5) Bekas Pengarah Putrajaya Perdana Berhad (69 tahun)
6) Ketua Pegawai Operasi Alam Maritim Sdn Bhd (67 tahun)
7) Bekas Pengurus Besar Kanan Haji TH (65 tahun)
8) Bekas Pengurus Besar Kanan Bahagian Korporat Kewangan dan Perkhidmatan TH (58 tahun)
9) Bekas Pengurus Besar Kanan Bahagian Korporat Kewangan dan Perkhidmatan TH (59 tahun)
10) Bekas Penasihat Undang-Undang TH (60 tahun)
11) Bekas Menteri (65 tahun)

Selain seorang bekas menteri yang direman hari ini, sebelum ini media melaporkan turut ditahan adalah bekas Pengerusi dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH serta bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan turut ditahan SPRM susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Kedua-dua individu bergelar Datuk Seri dan Tan Sri itu ditahan reman bermula 27 Ogos lalu dan tempoh reman mereka berakhir semalam.

SPRM juga sebelum ini menahan tujuh individu bagi membantu siasatan berkaitan RCI TH,

Ini termasuk seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perkapalan, seorang pengarah syarikat pembinaan, seorang bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan TH.

Laporan RCI TH didedahkan pada 29 Julai lalu mengemukakan 25 syor utama bagi memperkukuh aspek ketelusan, profesionalisme dan tadbir urus institusi berkenaan.

Antara syor utama laporan itu ialah melarang ahli politik aktif daripada menduduki Lembaga Pengarah TH bagi mengelakkan campur tangan politik dalam pengurusan institusi berkenaan.

Must Watch Video

Advertisement