Skip to main content

Malaysia

RCI TH: Reman bekas menteri disambung dua hari 

PUTRAJAYA, 3 Sept -- Logo Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. -Gambar fail
Advertisement

KUALA LUMPUR: Tempoh reman seorang bekas menteri yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu pajakan hotel berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) di Arab Saudi, disambung dua hari.

Menurut sumber, perintah reman bermula esok hingga Selasa terhadap lelaki berumur lingkungan 60-an itu dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Media sebelum ini melaporkan bekas menteri itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di SPRM dan direman lima hari bermula dari Rabu lepas hingga hari ini.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH didedahkan kepada umum pada 29 Julai, yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020, serta menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.

Laporan itu turut menyebut bahawa wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement