awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reaksi rakyat terhadap manifesto Pakatan Rakyat

Astro Awani
Astro Awani
25/02/2013
10:32 MYT
Reaksi rakyat terhadap manifesto Pakatan Rakyat
Proses Rundingan manifesto Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang berlangsung hari ini di Pusat Konvensyen Shah Alam telah selesai.
Penurunan harga petrol, caj elektrik serta air lebih rendah dan penghapusan tol merupakan antara intipati peting manifesto tersebut yang banyak mendapat perhatian.
Isi kandungan manifesto yang dibentangkan mendapat banyak reaksi dari pelbagai pihak terutama sekali memalui laman sosial Twitter.
Orang awam mahupun ahli politik dari pihak kerajaan serta pembangkang masing-masing mempunyai pandangan sendiri mengenai manifesto tersebut.
Guessed its alright for #PR to pledge so many specific things in their latest manifesto.Just hope they morally obliged by it @barisanasional
— Ali Abu Bakar (@tansriali) February 25, 2013
Pembangkang dah keluar manifesto. Kerajaan bila lagi? Cepat2 takkan tu pun ambil masa. Mcm mana nk ambik hati pengundi atas pagar mcm aku ni
— El Rin (@AzrinFazniAzmi) February 25, 2013
MB Selangor pernah kata "manifesto bukan janji". So whatever manifesto Pakatan has come up with is not worth the paper it's printed on.
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) February 25, 2013
Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan berpendapat manifesto yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat tidak lain hanya sebagai janji-janji manis pilihan raya.
“Mereka tidak memberikan penjelasan yang menyeluruh bagaimana mereka mahu melaksanakan janji-janti itu semua," kata Rahman Dahlan.
“Datuk Seri Anwar perlu mengambil kira soal bajet yang diperuntukkan. Memansuhkan PTPTN bermakna beliau perlukan berbilion ringgit. Dimana beliau nak dapatkan duit sebanyak ini?”
Bagi Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani mengakui manifesto yang dibentangkan sememangnya mampu menarik minat bakal pengundi.
Walau bagaimanapun, ia perlu melalui kajian yang lebih mendalam terlebih dahulu.
“Perbincangan akademik yang lebih mendalam perlu dilaksanakan untuk meneliti sama ada ianya satu dasar yang praktikal atau tidak untuk dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa di peringkat persekutuan,” tambah Azizuddin.
Intipati Manifesto Pakatan Rakyat 2013:
RAKYAT BERSAUDARA Menghapus diskriminasi Mengiktiraf sumbangan wanita dan warga emas Merangkum semua aliran pendidikan Mengembalikan hak Sabah Sarawak seperti Perjanjian 1963 Hak tanah dan kebajikan Orang Asli dipelihara Kehormatan amalan beragama
EKONOMI RAKYAT Satu juta peluang pekerjaan untuk rakyat Perkongsian produktiviti yang adil melalui gaji minima Satu juta tenaga kemahiran terlatih dari kalangan lepasan sekolah Reformasi pendidikan merangsang ekonomi Membudayakan perkongsian bijak kesatuan sekerja, majikan dan kerajaan IKS dan inovasi teras ekonomi negara Pelarasan percukaian rakyat demi kesaksamaan Ekonomi lestari Membela ekonomi dan kebajikan perajurit Memberdayakan usahawan teksi Pelaburan R&D mencecah 5% dari KDNK Pengangkutan awam nadi ekonomi negara Memecah monopoli merancakkan persaingan
KESEJAHTERAAN RAKYAT Mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat denfan menurunkan harga dan menghapuskan monopoli Merombak dasar automotif untuk mengurangkan bebanan rakyat Perumahan selesa dan mampu milik untuk semua Pendidikan percuma untuk semua, hapus PTPTN Hapus AES, batal saman AES Keadilan untuk warga Felda Keselamatan rakyat Kemudahan kesihatan asas percuma dijamin Membina jaringan keselamatan social rakyat
KERAJAAN RAKYAT Reformasi institusi Islam dan keagamaan Pakej penggajian dan perkhidmatan baru penjawat awam Pilihanraya yang bersih, adil dan telus Reformasi institusi kehakiman, Kamar Peguam Negara, SPRM dan PDRM Reformasi Parlimen Kebebasan media dan mengembalikan amanah kepada pengamal media Memansuhkan AUKU dan menjamin kebebasan akademik Memansuhkan semua undang-undang anti rakyat Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN)
HARAPAN RAKYAT Malaysia 2023: Sedekad Pentadbiran Pakatan Rakyat
Topic Berkaitan
#Manifesto Pakatan Rakyat
#reaksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan