awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reaktor Triga Puspati di Malaysia pacu teknologi nuklear, lahirkan saintis masa depan

Bernama
Bernama
16/11/2024
06:19 MYT
Reaktor Triga Puspati di Malaysia pacu teknologi nuklear, lahirkan saintis masa depan
Sejak 2015 hingga kini, lebih 1,000 pelajar dari universiti tempatan dan antarabangsa telah menggunakan RTP untuk penyelidikan, latihan serta projek tesis. - Gambar/ Agensi Nuklear Malaysia
PUTRAJAYA: Reaktor penyelidikan nuklear negara, Reaktor Triga Puspati (RTP) melakar kejayaan dalam penyelidikan dan pendidikan sekali gus kekal sebagai pusat melahirkan serta mendidik saintis masa depan.
Pengurus RTP Agensi Nuklear Malaysia Julia Abdul Karim berkata RTP yang beroperasi sejak 1982 memberikan sumbangan besar kepada masyarakat dengan menyokong pembangunan sains nuklear dan aplikasi praktikalnya.
"Direka bentuk sebagai reaktor pelbagai guna, RTP membolehkan Malaysia membina kepakaran besar dalam penyelidikan neutron, pengeluaran radioisotop dan pelbagai aplikasi merentas pelbagai sektor termasuk perubatan, pertanian dan industri.
"RTP telah memainkan peranan penting dalam pembinaan kapasiti manusia, melatih penyelidik, jurutera dan juruteknik yang kini menjadi penyumbang utama kepada komuniti saintifik Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata sejak 2015 hingga kini, lebih 1,000 pelajar dari universiti tempatan dan antarabangsa telah menggunakan RTP untuk penyelidikan, latihan serta projek tesis.
"Mereka memperoleh pengetahuan praktikal yang telah melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran dalam sains dan teknologi nuklear," katanya.
Sementara itu, Julia berkata RTP telah menyinari lebih 250,000 sampel daripada produk alam sekitar dan makanan kepada barangan pengguna untuk analisis.
"Ini telah mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam penyelidikan dan memastikan kajian kritikal sejajar dengan piawaian antarabangsa," katanya.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang sebelum ini dilaporkan berkata kementerian sedang melaksanakan Kajian Teknikal Pelan Penggantian RTP.
Chang berkata kajian berkenaan adalah sebahagian daripada strategi Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 (DTNN 2030), dan bertujuan memperkukuh pembangunan teknologi nuklear di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#tenaga nuklear
#Reaktor Triga Puspati
#reaktor nuklear
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan