DREBAR
‘Recall’ hos pendingin CFE melibatkan hampir 95,000 kereta


Jika sebelum ini adakala Proton – dan mereka bukan salah satunya syarikat kereta yang membuat seperti ini – memberi tambah baik teknikal pada waktu kereta tersebut dihantar untuk pemeriksaan/penyelengaraan biasa, tindakan sedemikian tidak lagi akan berterusan.
Langkah ini dibuktikan melalui ‘recall’ rasmi pertama mereka, untuk komponen hos pendingin minyak yang ada pada enjin CFE.

Mengikut Proton, hos tersebut cenderung untuk bocor apabila hayat penggunaan berada di sekitar 40,000km. Mengikut kajian mereka ini adalah kerana pemilihan salah bagi bahan hos tersebut.
Langkah panggil-semula ini melibatkan 94,577 buah kereta yang menggunakan enjin CFE iaitu Exora, Preve dan Suprima S.
Buat masa ini, Proton akan memaklumkan kepada semua pemilik yang mungkin terlibat melalui media sosial. Di pusat servis, kos pemeriksaan dan alat ganti akan ditanggung pihak syarikat melalui waranti.

Bagi kereta yang sudah melewati perlindungan waranti, penukaran hos kepada yang baharu masih tetap dilakukan dengan syarat jumlah jarak/masa antara servis dipatuhi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami