awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reezal Merican dilantik Pengerusi MATRADE baharu

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
02/05/2023
03:00 MYT
Reezal Merican dilantik Pengerusi MATRADE baharu
Reezal berbesar hati diberi peluang untuk berkhidmat sebagai Pengerusi MATRADE dan berusaha untuk memacu prestasi perdagangan dan eksport Malaysia dengan lebih baik bagi mencapai pertumbuhan yang lebih kukuh - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik sebangai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang kesembilan berkuatkuasa serta-merta.
Reezal Merican yang mempunyai rekod prestasi yang luas dalam perkhidmatan kerajaan, pernah berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2021-2022), Menteri Belia dan Sukan (2020-2021) serta menjadi Timbalan Menteri di Kementerian Luar (2015-2018).
Dalam kenyataannya pada Selasa, Reezal berbesar hati diberi peluang untuk berkhidmat sebagai Pengerusi MATRADE dan berusaha untuk memacu prestasi perdagangan dan eksport Malaysia dengan lebih baik bagi mencapai pertumbuhan yang lebih kukuh.
MATRADE turut menyambut baik pelantikan itu memandangkan pengalaman Reezal yang luas dalam hal ehwal antarabangsa, diplomasi, pentadbiran kerajaan dan perhubungan industri akan menyumbang kepada pertumbuhan dan kepelbagaian eksport Malaysia dalam pasaran global baharu.
MATRADE ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan diberi mandat untuk melaksanakan inisiatif promosi perdagangan untuk negara.
Topic Berkaitan
#Matrade
#MITI
#Reezal Merican
#madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan