awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rejim kawalan penggabungan, langkah baharu MyCC kekang monopoli

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
27/12/2023
02:52 MYT
Rejim kawalan penggabungan, langkah baharu MyCC kekang monopoli
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bercadang untuk meminda Akta Persaingan 2010 bagi mengukuhkan ekosistem persaingan di negara ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Iskandar Ismail.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bercadang untuk meminda Akta Persaingan 2010 bagi mengukuhkan ekosistem persaingan di negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail berkata, pindaan yang dijangka dibuat pada Jun 2024 itu akan merangkumi beberapa perkara termasuk berkait rejim kawalan penggabungan.
"Syarikat-syarikat ini tahu ia tidak boleh mewujudkan kartel. Jadi apa yang mereka boleh buat secara sah dan dibenarkan dalam undang-undang yang berbeza adalah dengan bergabung.
"Gabungan ini sama ada mereka bergabung untuk menjadi syarikat yang dominan atau monopoli, ataupun mereka hendak membuat satu kartel secara sah.
"Sekiranya, syarikat utama telah membeli pesaing-pesaingnya, katakanlah lagi 10 syarikat lain, mereka boleh menetapkan harga sebab syarikat utama itu telah miliki syarikat lain," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Niaga AWANI pada Rabu.
Dalam masa sama, beliau mengakui, kemungkinan lebih banyak kartel wujud tahun hadapan susulan langkah kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi.
Sehubungan itu, beliau melihat usaha yang digerakkan MyCC sejak tahun 2019 itu merupakan langkah ex-ante iaitu pencegahan sebelum berlakunya monopoli pada masa akan datang.
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Persaingan Malaysia
#MyCC
#Akta Persaingan 2010
#kartel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan