awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS ekoran tekanan DXY
Manchester United cipta sejarah hitam selepas tersingkir Piala FA
Hari pertama persekolahan SJKC Ladang Regent Elmina meriah, AI jadi tarikan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rekaan Starlink Mini tertiris dengan antena lebih kecil

Amanz
Amanz
18/06/2024
05:00 MYT
Rekaan Starlink Mini tertiris dengan antena lebih kecil
Rekaan Starlink Mini telah tertiris dengan antena hanya sebesar 11.4″ x 9.8″ yang lebih kecil berbanding 23.4″ x 15″ pada antena yang digunakan sekarang. -Amanz
PERKHIDMATAN internet satelit Starlink mengubah kehidupan penduduk pedalaman di Malaysia sejak mula beroperasi hampir setahun lalu.
Ia juga berguna di medan perang seperti konflik Ukraine-Rusia dan juga ditawarkan dalam kapal terbang Qatar Airways untuk pengalaman internet sehingga 500Mbps.
Kelak, Starlink akan menyasarkan pula pengguna yang ingin menggunakan perkhidmatan mereka ketika berkhemah dengan Starlink Mini.
Rekaan Starlink Mini telah tertiris dengan antena hanya sebesar 11.4″ x 9.8″ yang lebih kecil berbanding 23.4″ x 15″ pada antena yang digunakan sekarang.
Antena baharu ini hanya sebesar sebuah komputer riba yang memudahkan ia disimpan di dalam beg sandang.
Router juga terbina terus pada antena dan tidak ditawarkan berasingan.
Oleh itu pelanggan yang ingin berkhemah, memancing atau yang ingin menggunakannya di dalam kereta masih boleh menggunakan Starlink tanpa perlu risau membawa antena yang besar.
Tiada maklumat bila Starlink Mini akan mula ditawarkan kepada pelanggan yang berminat. -Amanz
Topic Berkaitan
#Starlink
#Starlink Mini
#router
#internet satelit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan