Pemantauan terhadap potensi penglibatan rakyat Malaysia dengan kumpulan militan "Negara Islam" (IS) tidak terhad kepada mereka yang mempunyai latar belakang pengajian sekolah pondok sahaja, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata langkah pencegahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Pencegahan Keganasan mengambil kira semua aspek termasuk mereka yang belajar di institusi pengajian tinggi awam atau swasta dan mereka yang berada di dalam parti politik.
"Komitmen KDN (Kementerian Dalam Negeri) adalah jelas dan melalui PDRM kita akan menentukan bahawa Malaysia tidak terus dianggap sebagai negara yang menjadi lubuk melatih pengganas atau kumpulan militan," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan IS memberi tumpuan kepada individu dengan latar belakang agama untuk direkrut sebagai pejuang.
Ahmad Zahid berkata PDRM memantau rapat setiap pergerakan individu yang disyaki, termasuk mereka yang bakal pergi ke negara terbabit menggunakan laluan berbeza daripada yang dirancang.
Walaupun laluan telah diubah polis sentiasa mengikuti pergerakan mereka yang berkenaan, katanya.
Ahmad Zahid berkata PDRM juga bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi memantau dan menghalang sebarang cubaan penghantaran dana untuk membiayai aktiviti kumpulan militan itu.
Beliau turut memaklumkan seramai 34 warga Malaysia terlibat dengan kumpulan militan IS di Syria, yang lima daripadanya telah meninggal dunia dalam pertempuran.
Daripada jumlah itu, empat adalah wanita yang merupakan isteri kepada individu militan berkenaan, katanya.
Bernama
Thu Oct 09 2014
AHMAD ZAHID: Rekrut anggota IS tidak terhad kepada pelajar sekolah pondok sahaja - Gambar fail
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Kematian model Belanda: Polis kemuka notis biru kepada Interpol untuk kesan pasangan AS
Notis itu dikemukakan Rabu lepas terhadap Alexander William Johnson, 51, dan Lunara Almazkyzy, 37, yang dikaitkan dengan kematian Ivana.
Warga China dalam senarai paling dikehendaki Interpol ditangkap di Bali
Agensi imigresen Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali menahan seorang warga China dalam Senarai Paling Dikehendaki Interpol.
GISB: PDRM beku, sita harta RM19.9 juta, kesan aset luar negara RM52.4 juta
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pembekuan itu dilaksanakan di bawah Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001.
Interpol tahan 219 penjenayah dalam operasi pemerdagangan manusia
Operasi antipemerdagangan manusia antarabangsa utama melakukan 219 tangkapan dan mengenal pasti 1,374 mangsa yang berpotensi, termasuk 153 kanak-kanak, di 39 negara, lapor Agensi Anadolu (AA).
Hina Islam: Notis merah gagal diperoleh terhadap Ganesparan - PDRM
PDRM akan mendapatkan bantuan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan pemilik akaun Facebook itu.
Kes Zayn Rayyan: Polis tunggu laporan semakan Interpol
PDRM masih menunggu maklum balas daripada Polis Antarabangsa (Interpol) berkaitan semakan pangkalan data bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis minta bantuan Interpol
Polis memohon bantuan daripada Interpol untuk mengkaji beberapa maklumat dan bahan bukti yang diperoleh dalam siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Lebih 1,700 individu ditahan dalam operasi senjata Interpol di Asia
Lebih 1,700 suspek ditahan di 10 negara Asia dalam operasi besar-besaran terhadap penyeludupan senjata api haram, kata Interpol.
Sirul masih dalam senarai notis merah Interpol - Pengarah JSJ
Notis merah belum dibatalkan memandangkan pihak berkuasa masih berusaha membawa pulang Sirul ke Malaysia.
Interpol iktiraf garis panduan dibangunkan Pasukan Forensik Digital CSM
Perakuan Interpol merupakan pengiktirafan terhadap kecekapan pakar forensik digital CyberSecurity Malaysia.