awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 14 tahun dirogol bapa, abang tiri

Sinar Harian
Sinar Harian
02/11/2023
11:55 MYT
Remaja 14 tahun dirogol bapa, abang tiri
Abang tiri mangsa (tengah) ketika dibawa ke mahkamah pada Khamis bagi mendapat perintah tahanan reman. - Gambar/ Sinar Harian
KEMAMAN: Seorang penganggur direman selama seminggu bermula Khamis selepas disyaki merogol adik tirinya yang berusia 14 tahun.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, polis menahan lelaki berusia 32 tahun itu pada malam Rabu selepas menerima laporan daripada mangsa berkenaan perbuatan terkutuk itu.
Menurutnya, pihak polis menerima laporan daripada seorang remaja berusia 14 tahun yang mendakwa dirogol abang tiri dan bapanya yang berusia 56 tahun dalam kejadian kira-kira dua bulan lalu.
"Perbuatan terkutuk dua individu tersebut terbongkar selepas remaja perempuan itu mengadu kepada ibu saudaranya.
"Remaja berkenaan mendakwa dia dirogol secara berasingan oleh kedua-dua individu tersebut," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.
Hanyan berkata, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa
Dalam pada itu, beliau berkata hasil ujian saringan urin mendapati suspek negatif dadah.
Katanya, pihak polis kini giat mengesan bapa mangsa yang merupakan seorang peniaga kuih di Chukai.
"Kita percaya bapa remaja tersebut cuba menyembunyikan diri selepas mendapat tahu anaknya membuat laporan polis," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rogol adik tiri
#bapa rogol anak
#terengganu
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan