awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 14 tahun maut motosikal langgar penghadang besi

Sinar Harian
Sinar Harian
16/03/2022
21:30 MYT
Remaja 14 tahun maut motosikal langgar penghadang besi
Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang besi jalan di Jalan Pantai - Temiang pada Rabu. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang besi jalan di Jalan Pantai - Temiang pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 6 petang itu, mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss seorang diri sedang bergerak dari arah Jalan Pantai menuju ke arah Temiang.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggangnya telah hilang kawalan lalu melanggar penghadang besi jalan dan menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya.
"Akibat daripada kejadian, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Nanda berkata, mayat mangsa telah dibawa ke bahagian forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk dibedah siasat.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#motosikal
#Nahas
#meninggal dunia
#penghadang besi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan