awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 17 tahun dicekup main judi ayam

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/02/2018
21:59 MYT
Remaja 17 tahun dicekup main judi ayam
Sebahagian kaki judi yang ditahan dalam sebuan Ops Limau ketika pertaruhan judi sedang berlangsung. Foto Astro AWANI
Bunyi letupan mercun yang dilontar anggota polis mengejutkan segerombolan kaki judi yang sedang leka bertaruh judi sabung ayam di kebun kelapa sawit dekat Kuala Ketil, Kedah malam tadi.
Dalam serbuan jam 7.45 malam itu kaki judi ini bertempiaran lari sebaik menyedari lokasi mereka diserbu.
Malah ada diantara mereka yang bersembunyi di dalam semak mengelak daripada ditangkap.
Bagaimanapun kelibat mereka berjaya dihidu polis.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, kesemua 77 lelaki berusia antara 17 hingga 60 tahun itu ditahan dalam serbuan Ops Limau ketika sedang leka bertaruh judi..
"Tempat ini tersembunyi daripada pandangan orang awam, jalan nak masuk pun susah menyebabkan lokasi ini strategik untuk mengadakan kegiatan judi sabung ayam," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Hasil serbuan polis merampas wang tunai kira-kira RM50,000 termasuk 40 ekor ayam sabung serta pelbagai peralatan untuk sabung ayam antaranya kelambu, ubat-ubatan ayam, khemah serta pengasah taji..
Turut dirampas sebuah generator, wayar dan lampu serta dadah jenis syabu.
Kesemua suspek di hantar ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah untuk siasatan lanjut..
Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 44(1)(g) Akta Binatang 1953..
Topic Berkaitan
#judi
#mercun
#Ops limau
#pengasah taji
#sabung ayam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan