awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
Wabak tibi di Pulau Pinang terkawal, tiada kluster dilaporkan - Exco
Sebuah kilang perabot terbakar, asap tebal selubungi kawasan Petaling Jaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja 17 tahun jadi mangsa rogol bapa saudara

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
09/07/2020
12:44 MYT
Remaja 17 tahun jadi mangsa rogol bapa saudara
Bertindak atas laporan tersebut, sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai telah menahan suspek di kawasan Merotai, Tawau pada hari yang sama. - Foto ihsan polis
Seorang remaja perempuan berumur 17 tahun menjadi mangsa rogol kepada bapa saudaranya dalam kejadian di Merotai, Tawau, Sabah sejak dua tahun lalu.
Kejadian itu terbongkar apabila mangsa yang sudah tidak tahan dengan perbuatan keji tersebut bertindak melarikan diri ke rumah saudaranya.
Curiga dengan tindakan melarikan diri serta kemurungan yang dialami mangsa, ahli keluarga remaja berkenaan kemudiannya memujuk dan bertanyakan tentang kejadian yang menimpanya.
Mangsa akhirnya menceritakan kejadian sebenar bahawa dirinya telah dirogol oleh bapa saudaranya berulang kali sejak tahun 2018 lagi.
Sejurus selepas ahli keluarga mendengar cerita mangsa, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau kira-kira jam 10.45 pagi Selasa.
Bertindak atas laporan tersebut, sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai telah menahan suspek di kawasan Merotai, Tawau pada hari yang sama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas ketika dihubungi, mengesahkan perkara tersebut.
"Suspek telah dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman dan suspek direman selama tujuh hari bermula Rabu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.
Topic Berkaitan
#bapa saudara
#IPD Tawau
#mangsa rogol
#Merotai
#Polis Daerah Tawau
#Remaja perempuan
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan