ARKANSAS: Seorang remaja berusia 18 tahun di Arkansas, Amerika Syarikat, telah dipilih menjadi Datuk Bandar kulit hitam termuda di negara itu.
Jaylen Smith baru sahaja menamatkan sekolah menengah pada bulan Mei.
Selasa lalu, dia telah diundi untuk memimpin pekan kecil bernama Earle, 48 kilometer di barat Memphis, Tennessee.
"Ibu saya tidak boleh berhenti menangis," kata Smith kepada Washington Post.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong saya kerana meningkatkan usaha untuk menarik orang ramai ke pilihan raya. Saya benar-benar berterima kasih kepada anda semua," katanya.
Smith berazam untuk menambah baik pasukan polis, membaiki sistem perparitan bandar dan menangani isu rumah terbiar selain turut merancang untuk membawa sebuah kedai runcit besar, selepas satu-satunya kedai seumpama itu di bandar berkenaan ditutup tahun lalu.
Semasa di sekolah menengah, beliau berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Pelajar dan beberapa peranan kepimpinan dalam kelab-kelab sekolah.
"Anda perlu bermula di suatu tempat untuk melakukannya. Saya tidak mahu menunggu usia 30 atau 40 dan menjadi datuk bandar sedangkan saya boleh menjadi datuk bandar sekarang," katanya lagi.
Semasa kempennya, Smith menerima bimbingan dan nasihat daripada Datuk Bandar Little Rock, Arkansas, Frank Scott Jr.
Scott Jr, yang juga presiden Persatuan Datuk Bandar Afrika-Amerika, berbangga dengan kemenangan Smith.
"Saya teruja bagi pihak Smith dan seluruh komuniti di Earle kerana dia menjadi Datuk Bandar Afrika-Amerika termuda yang dipilih di negara ini.
"Saya berbangga dengan kesediaannya untuk memasuki perkhidmatan awam pada usia yang begitu muda dan matlamat aspirasinya untuk bandar itu," katanya kepada CNN.
Smith merancang menyambung pelajaran di Arkansas State University Mid-South untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang pendakwa raya, dan pada masa yang sama, memberi tumpuan terhadap tugasannya sebagai datuk bandar.
Astro Awani
Sat Dec 10 2022
Smith telah diundi untuk memimpin pekan kecil bernama Earle, 48 kilometer di barat Memphis, Tennessee. - Foto Twitter/Andrew Epperson
Konsert tema disko satukan Diskoria, Sheila Majid
Diskoria yang dianggotai komposer Merdi Simanjuntak dan Fadli Aat berazam memberikan persembahan terbaik untuk peminat mereka di Malaysia.
Legenda bola sepak Perancis Cantona persoal sikap dunia terhadap Israel
Legenda bola sepak Perancis, Eric Cantona mempertikaikan sikap dunia terhadap Israel.
20 ahli 'Geng TR' dihadapkan ke mahkamah
20 individu dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menyertai kumpulan jenayah terancang, Geng TR sejak lima tahun lepas.
Pengadu tarik balik laporan, anggap kes dipukul pengawal peribadi hanya salah faham - Polis KL
Rusdi berkata laporan polis kedua dibuat pengadu bagi menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik, serta tidak mahu memanjangkan kes.
SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta anak Tun M - Azam Baki
SPRM membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
2 maut nahas pesawat di Ecuador, kemalangan udara ke-4 dalam tempoh 2 bulan
Dua orang terbunuh dan seorang cedera pada Selasa apabila pesawat kecil mereka terhempas di Santa Rosa, wilayah pantai selatan El Oro, Ecuador, kata Direktorat Jeneral Penerbangan Awam.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi beliau di Beijing pagi ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council.
MIDF jangka inflasi naik sedikit pada tahun ini
Inflasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2024 menunjukkan tekanan kos yang lebih tinggi untuk perniagaan tempatan, menurut MIDF Research.
Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama
Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah, Klang dekat sini pada Ahad lepas.
Remaja 18 tahun dipilih sebagai datuk bandar di AS
Smith telah diundi untuk memimpin pekan kecil bernama Earle, 48 kilometer di barat Memphis, Tennessee.