MALAYSIA
Remaja Britain hilang dipercayai naik bas ke KL Sentral - Polis
SHAH ALAM: Remaja warga Britain, David Balisong, 17, yang dilaporkan hilang selepas memasuki Malaysia pada 7 Jun lalu dipercayai telah menaiki bas ke Stesen Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral).
Ringkasan AI
- David Balisong, 17 tahun, dilaporkan hilang sejak 7 Jun selepas tiba di Malaysia dan dipercayai menaiki bas ke KL Sentral. Tiada rekod keluar dari negara dikesan oleh Jabatan Imigresen.
- Polis dan konsulat Britain sedang berusaha mengesan remaja tersebut, namun telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi. Ibunya dijangka tiba di Malaysia untuk membantu pencarian.
- Laporan polis telah dibuat dan siasatan aktif sedang dijalankan. Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada Inspektor Hazuin Jan Abdul Hamid di talian 017-736 9187.
“Semakan pihak polis bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mendapati tiada rekod pergerakan keluar dari Malaysia membabitkan remaja itu,” katanya pada Jumaat.
Beliau turut memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat daripada pihak konsulat, ibu mangsa dijangka tiba di Malaysia dalam masa terdekat untuk membantu usaha mengesannya.
Tambahnya, remaja berkenaan dipercayai memiliki telefon bimbit, namun nombor yang didaftarkan tidak dapat dihubungi.
Pada Khamis, media melaporkan kenyataan Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus, bahawa remaja itu dipercayai masih berada dalam negara selepas tiba di KLIA.
Satu laporan polis berkaitan kehilangan remaja berkenaan telah diterima di Balai Polis Main Terminal Building (MTB), KLIA dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA, Inspektor Hazuin Jan Abdul Hamid di talian 017-736 9187. -- Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami