awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM bukan peperiksaan berisiko tinggi, bantu tingkat pencapaian murid - Fadhlina
Selepas 4 dekad, Fauziah Latiff bakal ubati kerinduan peminat dengan konsert solo
[KOLUMNIS] Dasar Industri Pertahanan Perkasa Kedaulatan Negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja Britain hilang disahkan masuk ke Malaysia 7 Jun lepas - Imigresen

Sinar Harian
Sinar Harian
11/07/2025
01:00 MYT
Remaja Britain hilang disahkan masuk ke Malaysia 7 Jun lepas - Imigresen
David Balisong ada memberitahu adiknya bahawa dia akan keluar awal untuk ke sekolah disebabkan sedang menduduki peperiksaan GCE Peringkat A, pada 6 Jun lalu. - Foto PDRM
SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki warga Britain berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang direkodkan masuk ke dalam negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jun lalu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, semakan rekod mendapati individu berkenaan tiba di Malaysia pada 7 Jun.
“Setakat ini saya sahkan ada rekod kemasukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
"JIM akan memberi kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan remaja terbabit,” katanya pada Khamis.
Sebelum itu, media melaporkan kehilangan remaja terbabit yang didakwa menaiki penerbangan ke Malaysia seorang diri.
Remaja itu dilaporkan hilang oleh keluarganya selepas dipercayai menaiki penerbangan dari negaranya ke Kuala Lumpur pada Jun lalu tanpa pengetahuan ahli keluarga.
David Balisong, remaja lelaki dari Cheadle, Greater Manchester ada memberitahu adiknya bahawa dirinya akan keluar awal untuk ke sekolah disebabkan sedang menduduki peperiksaan GCE Peringkat A, pada 6 Jun lalu.
Berdasarkan laporan Daily Mail, Balisong dikesan menaiki penerbangan sehala ke KLIA tanpa memaklumkan sesiapa.
Kehilangannya hanya disedari selepas Balisong tidak pulang ke rumah sebelum keluarganya menyedari berlaku sesuatu yang mencurigakan atas kehilangannya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#remaja Britain hilang
#David Balisong
#Imigresen
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan