NATIONAL
Remaja cedera parah ditikam rakan akibat hutang

Suspek berusia 23 tahun pada awalnya membuat laporan palsu, mendakwa mereka diserang oleh dua lelaki tidak dikenali, namun siasatan mendapati dia sendiri yang menikam mangsa. - Gambar/ Sinar Harian
MELAKA: Seorang remaja lelaki cedera parah selepas ditikam dengan sebilah pisau oleh kenalannya dalam insiden pergaduhan di Kampung Paya Sum di sini, dua hari lepas.
Ringkasan AI
- Remaja lelaki berusia 17 tahun cedera parah selepas ditikam oleh kenalannya dalam satu pergaduhan di Kampung Paya Sum, dipercayai berpunca daripada isu hutang.
- Suspek berusia 23 tahun pada awalnya membuat laporan palsu, mendakwa mereka diserang oleh dua lelaki tidak dikenali, namun siasatan mendapati dia sendiri yang menikam mangsa.
- Suspek yang mempunyai sembilan rekod jenayah lampau ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan senjata.
"Namun hasil siasatan lanjut, kita percaya lelaki berusia 23 tahun itu yang menikam mangsa kerana remaja berkenaan didakwa mempunyai hutang dengannya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Christopher berkata mangsa kini dirawat di Hospital Melaka manakala suspek yang berasal dari Johor dan mempunyai sembilan rekod jenayah lampau berkaitan judi ditahan di Taman Pahlawan Sungai Udang di sini kira-kira 6.15 petang Jumaat.
Beliau berkata lelaki itu turut menerima rawatan di Hospital Melaka dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami