awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja dikhuatiri lemas, mandi di Sungai Pasir Kubur

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
21/04/2018
10:58 MYT
Remaja dikhuatiri lemas, mandi di Sungai Pasir Kubur
Anggota bomba dan penyelamat melakukan usaha mencari dan menyelamat di Sungai Pasir Kubur, di sini. - Foto ihsan JBPM Pahang.
Seorang remaja berusia 19 tahun dikhuatiri lemas selepas mandi-manda bersama beberapa rakannya di kawasan perkelahan Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing, di sini, hari ini.
Kejadian jam 11 pagi itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Haziq Hamidi pelajar Kolej Vokasional Kuantan sedang mandi bersama 16 rakannya.
Menurut Timbalan Pengarah Bomba negeri, Mohd Sani Harul, ketika kejadian mangsa secara tiba-tiba dihanyut arus deras sebelum hilang dari pandangan.
"Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 11.40 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian. Rakan mangsa memaklumkan mereka tiba ke kawasan itu pada jam 10 pagi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Anggota bomba dan penyelamat melakukan usaha mencari dan menyelamat di Sungai Pasir Kubur, di sini. Foto ihsan JBPM Pahang.
Anggota bomba dan penyelamat melakukan usaha mencari dan menyelamat di Sungai Pasir Kubur, di sini. Foto ihsan JBPM Pahang.
Beliau berkata, beberapa rakan mangsa cuba menyelamatkannya, namun gagal.
Katanya, usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota serta bantuan dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).
"Usaha mencari dan menyelamat yang disertai penduduk kampung turut melakukan pencarian melalui jalan darat," katanya.
Topic Berkaitan
#Kuantan
#lemas
#mandi-manda
#Mohd Sani Harul
#remaja
#Sungai Lembing
#Sungai Pasir Kubur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan