AMPANG: Seorang remaja bukan saja disaman kerana memandu tanpa lesen bahkan terlibat dalam kemalangan kerana melarikan diri daripada diperiksa anggota peronda polis di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Hulu Klang di sini petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, anggota yang sedang menjalankan rondaan di sekitar Bukit Antarabangsa mengesan sebuah Naza Citra yang dinaiki oleh empat lelaki dalam keadaan mencurigakan.
Menurut beliau, anggota peronda mengarahkan pemandu kenderaan tersebut untuk berhenti, bagaimanapun remaja berusia 15 tahun itu cuba melarikan diri sehingga terlanggar kereta peronda jenis Proton Preve milik polis.
"Pemandu kereta tersebut bertindak melarikan diri dengan menghala ke arah Seksyen 10, Wangsa Maju dan kereta peronda kenderaan pelbagai guna (MPV) terus mengekori kereta tersebut sekitar 30 minit.
"Semasa di Jalan MRR2, Hulu Klang pemandu kereta cuba untuk membuat pusingan U dan mengundurkan kereta lalu berlaku pelanggaran di bahagian depan sebelah kanan kereta peronda MPV," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohamad Farouk memberitahu, hasil siasatan mendapati pemandu dan penumpang yang berusia antara 15 hingga 19 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
"Remaja berkenaan cuba melarikan diri kerana tidak mempunyai lesen dan kereta yang dinaiki tiada laporan curi.
''Hasil saringan awal air kencing mendapati pemandu kereta bebas daripada sebarang penggunaan dadah," katanya.
Tambah beliau, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kes disiasat di bawah Kaedah 10 Pengangkutan Jalan serta pemandu tersebut dikenakan dua saman.
"Saman dikeluarkan di bawah Seksyen 15(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (tiada lesen memandu/tidak dilindungi insuran) dan Seksyen 55 (enggan memberhentikan kenderaan yang dipandu atau ditunggang) akta sama,"ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 04 2021

Polis mengambil masa sekitar 30 minit mengekori sebuah kenderaan dipandu seorang remaja yang melarikan diri daripada diperiksa anggota peronda polis di MRR2, Hulu Klang. -Foto Sinar Harian

Muktamar Pas tumpu usaha kekal sokongan anak muda - Mohd Amar
Muktamar Pas ke-69 bulan depan dijangka memberi tumpuan terhadap usaha untuk memastikan sokongan pengundi muda terhadap parti itu kekal hingga ke pilihan raya seterusnya.

Kebakaran: Sesi persekolahan SK Permatang To' Kandu berjalan seperti biasa
Sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang To' Kandu, Permatang Pauh diteruskan walaupun lima bilik darjah di sekolah berkenaan musnah dalam kebakaran pada Jumaat lalu.

Pusat Multidimensi Farm Fresh bantu murid miskin dalam akademik
Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan Farm Fresh untuk mewujudkan Pusat Multidimensi bagi mencegah tekanan kemiskinan multidimensi dalam kalangan murid sekolah.

Radzi mahu penyebar fitnah tampil mohon maaf
Datuk Mohd Radzi Md Jidin mahu penyebar fitnah yang mendakwa beliau terlibat dengan rasuah dalam satu projek rundingan terus bernilai RM80 juta untuk tampil memohon maaf.

AS 'dalam peperangan secara langsung' dengan Rusia- Menteri Luar Sergey Lavrov
Amerika Syarikat "secara langsung dalam peperangan" dengan Moscow, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov selepas penutupan minggu peringkat tertinggi Pehimpunan Agung PBB ke-78.

Sukan Asia Hangzhou: Nur Suryani, Alia terlepas final 10m air rifle
Penembak veteran Nur Suryani Mohamed Taibi terlepas peluang untuk mara ke final acara 10m air rifle individu wanita.

Sukan Asia: Speedy Tigers laung amaran awal dengan belasah Thailand 9-0
Skuad hoki lelaki kebangsaan melaungkan amaran awal dalam pemburuan pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022, selepas membelasah Thailand 9-0 pada aksi sulung.
Larian amal RimbaKita, platform promosi kelestarian alam
Program anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia yang bersifat santai itu menyaksikan kehadiran peserta daripada pelbagai peringkat usia.

KPM sedia hadapi musim tengkujuh - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuat persiapan untuk semua sekolah dalam menghadapi musim banjir menjelang hujung tahun ini.

UNGA: Manila gesa penyelesaian aman berhubung pertikaian di Laut China Selatan
Filipina menggesa "penyelesaian secara aman, mengikut undang-undang antarabangsa" berhubung pertikaian di Laut China Selatan.

'Bukan beri wang tapi kotak minuman' - Ketua Polis Johor
Polis Johor menegaskan tiada sebarang pemberian wang kepada dua anggota unit kereta peronda polis (MPV) seperti video yang tular di aplikasi TikTok.

Remaja disaman memandu tanpa lesen, langgar MPV polis
Hasil siasatan mendapati pemandu dan penumpang yang berusia antara 15 hingga 19 tahun itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Periksa MPV polis: Anggota polis terlibat boleh diambil tindakan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata anggota terlibat tidak sepatutnya membiarkan orang awam menghalang tugas mereka.