awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Izara Aishah hamil cahaya mata ketiga
“Adakah kamu syaitan itu sendiri?” - Epstein disoal dalam rakaman temu bual baharu didedahkan
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja ditemukan lemas dibawa arus di Pulau Carey

Bernama
Bernama
09/10/2024
08:14 MYT
Remaja ditemukan lemas dibawa arus di Pulau Carey
Mayat mangsa dijumpai pada jam 3.15 pagi Rabu selepas dilapor hilang ketika mandi di pantai sekitar Pulau Carey, Kuala Langat. Gambar kecil: Ahmad Ridhwan. -Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki warga tempatan yang hilang ketika mandi laut di Pulau Carey, Telok Panglima Garang lewat petang semalam ditemukan lemas tidak jauh dari lokasi kejadian kira-kira 3.15 pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemukan lemas selepas hilang ketika mandi laut di Pulau Carey, Telok Panglima Garang.
  • Remaja tersebut bersama enam rakan pergi ke kawasan itu untuk menyambut hari lahir, dan mangsa hilang selepas berenang ke kawasan alur air laut walaupun ditegah oleh rakan-rakannya.
  • Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah pada fizikal mangsa, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata remaja berusia 17 tahun bersama enam lagi rakan telah pergi ke kawasan itu untuk menyambut hari lahir sebelum mangsa dengan tiga rakannya mandi di pantai sekitar 6.40 petang.
"Berdasarkan laporan awal, mangsa bersama rakan-rakannya sedang mandi di pantai dan mangsa walaupun ditegah rakan-rakan telah berenang ke kawasan alur air laut.
"Lebih kurang lima minit kemudian, rakan-rakan mangsa mendapati mangsa telah tiada dan disyaki telah dibawa arus," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Ridhwan berkata pemeriksaan awal ke atas fizikal mangsa di tempat kejadian mendapati tiada unsur-unsur jenayah dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk proses bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja lemas
#Pulau Carey Telok Panglima Garang
#sambut hari lahir
#Jabatan Forensik Hospital Banting
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan