awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis bongkar makmal proses syabu dalam kebun durian, 1.2 tan dadah dirampas
Proses daftar masuk, kenaikan penumpang kembali normal - MAHB
Firefox bakal hadir dengan ciri mematikan fungsi AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja jatuh sungai ketika kutip bola ditemukan lemas

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
30/09/2022
01:45 MYT
Remaja jatuh sungai ketika kutip bola ditemukan lemas
Pencarian menggunakan dua buah bot dan mangsa telah ditemui terapung 2km dari tempat mangsa terjatuh. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas terjatuh di Sungai Bukit Lanchong, Subang Jaya, Selangor, pada Khamis.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, mangsa Wan Mohamad Hafiq Wan Ismail, 13, ditemukan 2 kilometer (km) dari tempat mangsa terjatuh.
Katanya, anggota bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.56 petang dan dimaklumkan mengenai kejadian itu.
"Berdasarkan laporan awal, mangsa terjatuh ke dalam sungai ketika cuba mengambil bola sebelum dibawa arus dan tenggelam.
"Anggota membuat pemantauan di kawasan sekitar dan tugas diserahkan kepada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) manakala pencarian secara 'surface searching' masih diteruskan di kunci air dan kawasan kali terakhir mangsa dilihat.
"Pada Jumaat, pencarian diteruskan menggunakan dua buah bot dan mangsa telah ditemui terapung 2km dari tempat mangsa terjatuh, pada 8.21 pagi," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Norazam berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#remaja jatuh sungai
#Sungai Bukit Lanchong
#JBPM Selangor
#remaja maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan