awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja, kanak-kanak dikhuatiri lemas dihanyut arus Sungai Triang

Azee Shafy
Azee Shafy
16/08/2022
14:00 MYT
Remaja, kanak-kanak dikhuatiri lemas dihanyut arus Sungai Triang
Sehingga jam 6 petang, operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bera belum menemui kedua-dua mangsa. - Gambar/ Astro AWANI
BERA: Seorang remaja lelaki 15 tahun dan rakannya berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang dihanyutkan arus di Sungai Triang berhampiran Kampung Kerayong di sini, hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Bera, Kapten (PA) Ahmad Azmi Hanfiah berkata, kedua-dua mangsa terdahulu mandi di kawasan berpasir dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu.
"Berdasarkan makluman awal, seorang daripada mereka dihanyutkan arus, sebelum seorang lagi rakan cuba menyelamatkannya.
"Bagaimanapun, kedua-dua mereka kemudian hilang akibat arus deras," katanya.
Sehingga jam 6 petang, operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bera belum menemui kedua-dua mangsa.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, N. Kumaran berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa bersama enam lagi rakan ke kawasan itu sekitar jam 3.30 petang.
"Mangsa dipercayai mandi menggunakan pelampung tayar, tetapi pelampung itu dikatakan terlepas daripada pegangan mereka berikutan arus deras.
"Ada yang melihat mangsa terkapai-kapai dihanyutkan arus sebelum dipercayai lemas sekitar jam 4.30 petang," katanya.
Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Nik Ikmal Shah Ismail, 15 dan Muhammad Danial Isryad Norazlan, 11, yang masing-masing merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kerayong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kerayong.
Topic Berkaitan
#kes lemas
#Sungai Triang
#kampung krayong
#kanak-kanak lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan