SUBANG JAYA: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari asrama di sebuah sekolah menengah pada awal pagi berjaya ditemui di sebuah kedai serbaneka di sini pada malam Rabu.
Ibu remaja berkenaan, Noor Fadhlina Nokman, 42, berkata, anaknya yang berusia 14 tahun itu ditemui di sekitar USJ9 di sini lebih kurang pukul 10 malam.
Noor Fadhlina berkata, anaknya, Athirah Najwa Gazairi bertindak melarikan diri kerana tidak mahu tinggal di asrama berkenaan.
"Saya sendiri belum dapat kepastian sebab Athirah tidak mahu tinggal di asrama. Dia tidak pernah kongsi apa-apa (masalah dialaminya) dan terus mengambil tindakan sebegini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan remaja berkenaan sudah ditemui.
"Pada 25 Januari lebih kurang jam 10.50 malam, pengadu telah membuat laporan berkaitan menjumpai anaknya yang hilang dan telah memaklumkan pada pihak polis.
"Siasatan mendapati, orang hilang (OH) berkenaan melarikan diri pergi ke masjid dan berjalan-jalan di sekitar Subang Jaya sehingga malam dan telah ditemui oleh pakcik saudaranya," ujar beliau.- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 26 2023
Pada 25 Januari lebih kurang jam 10.50 malam, pengadu telah membuat laporan berkaitan menjumpai anaknya yang hilang dan telah memaklumkan pada pihak polis.- Foto Sinar Harian
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Remaja lari dari asrama ditemui selamat
Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas melarikan diri dari asrama di sebuah sekolah menengah pada awal pagi berjaya ditemui di sebuah kedai serbaneka di sini pada malam Rabu.