awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MIDA sasar potensi pelaburan meluas selain pusat data pada 2026
KPDN tumpaskan cubaan seludup gula, minyak masak di pangkalan haram
Serbuan terhadap kerja haram catat rekod tertinggi seluruh UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki hilang di Gua Musang ditemui selamat

Bernama
Bernama
12/01/2022
15:02 MYT
Remaja lelaki hilang di Gua Musang ditemui selamat
Mangsa ditemui dalam keadaan lesu dan kepenatan kerana tidak makan dan minum hampir sehari. - Gambar hiasan/ Bernama
GUA MUSANG: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Kampung Pasir Linggi, Pos Lebih dekat sini, yang dilaporkan hilang sejak Isnin lepas, ditemukan dalam keadaan selamat pada 5.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata Muhammad Iznun Al-Azim Mahadi, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh di Kuala Krai, ditemukan orang awam di hujung jambatan kampung itu yang terletak kira-kira dua kilometer daripada rumah mangsa
"Keadaan mangsa agak lesu dan kepenatan mungkin kerana tidak makan dan minum hampir sehari. Bagaimanapun, pihak kami telah serahkan mangsa kepada keluarganya dan dia dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau juga berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa dibantu oleh 24 anggota dan pegawai termasuk daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, unit anjing pengesan polis serta penduduk kampung.
"Dalam operasi yang bermula 8 pagi hari ini, kita mengambil masa kira-kira sembilan jam untuk menemukan mangsa dengan jarak radius dua kilometer," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja hilang
#Gua Musang
#Orang Asli
#selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan