KUANTAN: Remaja lelaki yang menunggang motosikal dengan teman wanitanya dengan membuat aksi 'wheelie' di Jalan Chendor Kuantan menghala ke Kemaman pada Ahad telah ditahan reman.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, remaja lelaki yang menetap di Kampung Balok di sini direman selama empat hari hingga 5 Mei ini.
"Penahanan reman dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Suspek kedua yang merupakan kekasihnya pula dibebaskan dengan jaminan polis pada Isnin," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Pada Ahad, tular satu video berdurasi 54 saat itu di laman sosial, selepas pasangan tersebut melakukan aksi wheelie di Jalan Chendor Kuantan menghala ke Kemaman.
Kedua-dua remaja berusia 17 tahun itu ditahan pihak polis di hadapan rumah lelaki terbabit di Kampung Balok di sini pada Isnin.
Wan Mohd Zahari berkata, siasatan diteruskan dan akan mendapatkan arahan Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan.
"Kita jangka suspek akan dituduh di mahkamah pada 5 Mei ini," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 02 2023
Remaja lelaki yang menunggang motosikal dengan teman wanitanya dengan membuat aksi 'wheelie' di Jalan Chendor Kuantan menghala ke Kemaman pada Ahad telah ditahan reman. -Video tular
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
Faisal Halim teringin makan nasi kandar
KEADAAN pemain Selangor FC, Faisal Halim semakin bertambah positif termasuk sudah teringin untuk menikmati nasi kandar.
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
14 maut, puluhan cedera dalam runtuhan papan iklan di India
Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Isnin selepas papan iklan tumbang semasa cuaca buruk di ibu kota kewangan India, Mumbai.
Menyamar pegawai NSRC: ABM dan AIBIM gesa orang ramai hati-hati
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.
Malaysia yakin capai 50 peratus tahap sara diri sektor daging 2030 - Mohamad Sabu
Negara yakin capai sasaran 50 peratus tahap sara diri (SSL) bagi sektor daging lembu menjelang 2030, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
UUM diiktiraf universiti awam nombor satu di Malaysia
Pengiktirafan yang diumumkan itu membolehkan UUM berada di tangga ke-71 terbaik dunia berbanding tangga ke-95 pada tahun lalu.
Bekas Pegawai tinggi Pertubuhan Peladang didakwa rasuah
Seorang pegawai hal ehwal ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana didawka menerima suiapan dan membuat tuntutan palsu RM64,550 sejak empat tahun lalu.
Bakal jemaah terkandas, kerajaan, TH cari jalan penyelesaian terbaik
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih dalam proses mencari jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu melibatkan sekumpulan bakal jemaah Malaysia terkandas.
'Geng Bala' perdagang manusia untuk seks tumpas
Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk ketua sindiket dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Kulai.
Pasangan remaja mengaku bersalah lakukan aksi 'wheelie'
Sepasang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Khas Trafik Kuantan atas tuduhan melakukan aksi 'wheelie' pada Mac lepas.
Remaja lelaki laku aksi 'wheelie' direman, teman wanita bebas
Remaja lelaki yang menetap di Kampung Balok direman selama empat hari hingga 5 Mei ini.
Padah buat 'wheelie', dua lelaki ditahan
Dua lelaki tersebut dikesan hasil Op Samseng Jalanan di kawasan Lurah Semantan, Jalan Ahmad Shah, Jalan Tun Ismail dan Jalan Pak Sako yang bermula jam 1.30 dan berakhir pada 6 pagi.
Padah aksi 'wheelie', dua remaja ditahan
Dua remaja tersebut dikesan melakukan aksi berbahaya itu ketika pasukan Skuad 42 IPK Terengganu membuat risikan dan pemantauan.
Remaja buat aksi 'wheelie' ditahan polis
Remaja yang berusia 19 tahun itu ditahan di rumahnya di Tumpat, Kelantan kira-kira jam 7.05 petang pada Isnin.
Pelajar antara lima ditahan buat aksi 'wheelie'
Semua tangkapan dan motosikal masing-masing di bawa ke Balai Trafik Port Dickson bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.
Lokasi 'mat rempit' berlumba diserbu, 4 remaja ditahan
Kesemua mereka yang berusia 15 hingga 17 tahun itu diberkas di susur keluar Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) Bukit Payong-Telemong, Marang pada Khamis.
Wanita buat aksi 'wheelie' ditahan polis
Wanita berusia 21 tahun tersebut dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di rumah masing-masing di Jalan Pantai.
'Ingat Allah, ajak kawan imarahkan masjid' - Kaki wheelie ditegur nazir
Melalui video yang berdurasi satu minit itu telah mendapat 226,346 views sehingga jam 4 petang tadi.