awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki maut, dua rakan parah kereta langgar pembahagi jalan plaza tol

Bernama
Bernama
06/12/2024
06:00 MYT
Remaja lelaki maut, dua rakan parah kereta langgar pembahagi jalan plaza tol
Kemalangan melibatkan sebuah Perodua Myvi dinaiki tiga lelaki, yang dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Sungai Dua arah Selatan, pagi ini. - Foto JBPM
BUTTERWORTH: Seorang remaja lelaki maut manakala dua rakannya cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Sungai Dua arah Selatan di sini pagi ini.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Idrus Zakaria berkata Muhammad Adam Mifdal Mohd Affendy, 18, maut selepas tersepit di tempat duduk penumpang belakang kereta berkenaan, manakala dua lagi rakannya Muhammad Amirul Johan Rizwal,18, dan Muhammad Shahmi Mohd Yusof, 22, cedera.
Beliau berkata pasukan bomba bersama jentera Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas bergegas ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 9.44 pagi.
"Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki tiga lelaki dan dipercayai kenderaan tersebut terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di plaza tol berkenaan.
"Kami berjaya mengeluarkan penumpang belakang yang tersepit dan dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya hari ini.
Idrus berkata mayat remaja itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya manakala dua lagi yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#langgar plaza tol
#pulau pinang
#Sungai Dua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan