JERANTUT:Kegembiraan empat remaja mandi air banjir di Kampung Sangkoh, Kuala Tembeling di sini pada petang Khamis (7 Januari) berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka terkorban dalam insiden lemas.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, semasa kejadian kira-kira pukul 4 petang itu mangsa, Mohammad Zamarulhisyam Shaari,15, bersama tiga rakannya mandi air banjir yang melimpah di jalan Kampung Sangkoh, Kuala Tembeling.
Katanya, sedang mereka asyik bermandi-manda, tiba-tiba mangsa kelihatan berada di tempat air yang dalam dan terkapai lemas.
"Kejadian disedari oleh seorang remaja lain bernama Rais yang segera terjun menyelamat mangsa dan berusaha sedaya upaya membawa mangsa ke tempat selamat, tetapi gagal kerana keadaan air dalam.
"Rais tinggalkan mangsa di tiang elektrik dan berusaha mendapat bantuan sebelum kemudiannya berjaya mendapatkan pelampung yang diambil dari rumahnya. Dia terus membawa mangsa ke darat dan memberi bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR)," katanya di sini hari ini.
Menurut Mazlan, mangsa dibawa ke klinik Kesihatan Kuala Tembeling sebelum dihantar untuk rawatan lanjut di Hospital Jerantut.
"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk dirujuk kepada doktor pakar yang mana mangsa masih bernyawa, tetapi kritikal sebelum mangsa meninggal dunia pada pukul 3.33 petang hari ini," katanya.
Aira Abdul
Fri Jan 08 2021

Detik gembira bertukar tragedi bagi empat rakan apabila salah seorang daripada mereka terkorban akibat insiden lemas. - JBPM

COVID-19 ragut lebih 2.06 juta nyawa di seluruh dunia
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 404,000 kes.

COVID-19: Kes positif lebih 96.6 juta di seluruh dunia
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 24.3 juta kes.

AWANI Ringkas: Joe Biden angkat sumpah Presiden AS ke-46 | Permohonan penstrukturan semula MAG diluluskan

James Cordon hasil lagu parodi sempena hari terakhir Trump sebagai Presiden
Kali Ini Cordon mendapat inspirasi daripada teater Les Misrables.

Asean perlu bergerak sebagai satu blok dalam percepatkan digitalisasi
Adalah penting sektor ini memastikan keselamatan ekosistem digital dengan kebergantungan semua sektor untuk berfungsi dan menjalankan urusan masing-masing.

MCMC minta kerjasama orang ramai lapor penyebaran berita palsu
Orang ramai diminta memainkan peranan dengan melaporkan tentang berita palsu dan mengelirukan yang disebarkan di media sosial atau SMS kepada MCMC terutama ketika wabak COVID-19 melanda negara.

Penjaja, peniaga harap kerajaan Johor pertimbang bantuan insentif
Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru, memohon kerajaan negeri mempertimbangkan pemberian bantuan insentif 'one-off' kepada lebih ramai peniaga di negeri itu.

PPS polis buat pemantauan di sekolah
Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) PDRM akan sentiasa memantau sekolah menengah yang mula dibuka semalam bagi memastikan pematuhan SOP ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

COVID-19: Tiga rakyat Malaysia antara kes tempatan baharu di Singapura
Tiga rakyat Malaysia merupakan antara empat kes baharu jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).

Majlis angkat sumpah Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat ke-46
Calon Demokrat, Joe Biden sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di Capitol Hill, Washington DC, pada Khamis. Biden mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat John Roberts pada pukul 12.49 pagi (11.49 pagi hari Rabu waktu Washington).

Berita tempatan pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Banjir di Sabah semakin pulih
Hanya empat daerah masih terkesan dengan banjir dan jumlah mangsa direkodkan seramai 413 orang setakat 8 malam tadi.

SEDCO ketuai pengurusan tebatan banjir di Beaufort - Hajiji
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) akan mengetuai pengurusan tebatan banjir di daerah Beaufort, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Permohonan tangguh bayaran balik PTPTN mulai 20 Januari hingga 31 Mac
PTPTN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan.

Ahmad Maslan ditegur ahli UMNO, diminta fokus isu rakyat
Datuk Seri Ahmad Maslan digesa untuk fokus kepada isu-isu rakyat dari hal darurat yang telah diperkenan oleh Yang DiPertuan Agong.

Moratorium, pembiayaan bertindih untuk usahawan TEKUN terkesan banjir
Usahawan TEKUN yang terjejas dengan banjir dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan dalam akaun pembiayaan mereka dan boleh membuat penjadualan semula pembiayaan.

Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 791 orang
Antara daerah terjejas teruk akibat banjir setakat ini adalah Beaufort, Paitan, Kota Kinabalu, Kota Belud, Tuaran, Papar dan Tenom.

Banjir: Sarawak, Pahang semakin pulih, jumlah mangsa di Sabah kekal
Bagaimanapun di Sabah, keadaan banjir tidak banyak berubah dengan lapan daerah masih terjejas banjir.

Banjir: Tiada sekolah menengah ditutup di Sabah
Setakat hari ini, kesemua calon SPM dan STPM akan memulakan sesi persekolahan seperti biasa membabitkan jumlah seramai 51,294 orang pelajar.

Banjir Sabah: Kerajaan sedang kenal pasti kerosakan infrastruktur akibat banjir - Jahid
Kerajaan negeri sedang mengenal pasti kerosakan infrasturktur di pedalaman Sabah yang terjejas akibat bencana banjir.