awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin

Bernama
Bernama
19/02/2025
10:17 MYT
Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Jabatan Kesihatan negeri mengesan penularan jangkitan itu pada 2 Jan, melibatkan lima penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan bakinya dari KOA Guntur. - Gambar fail
SEREMBAN: Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Jabatan Kesihatan negeri mengesan penularan jangkitan itu pada 2 Jan, melibatkan lima penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan bakinya dari KOA Guntur.
Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini beliau berkata sebagai langkah berjaga-jaga, Pejabat Kesihatan Daerah melaksanakan kuarantin di kampung berkenaan, termasuk menutup pusat reakreasi Jeram Tengkek bagi mengelakkan penularan jangkitan.
Sementara itu Exco Kanan kerajaan Negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias ketika ditemui berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan saringan terhadap kira-kira 65 peratus penduduk dua kampung berkenaan pada 22 Jan.
Beliau berkata bekalan makanan dan keperluan penduduk di dua kampung itu akan diuruskan wakil rakyat dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kusta
#Orang Asli
#Negeri Sembilan
#kes kematian
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan