awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut digilis Bezza ketika berkonvoi

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
25/09/2022
04:50 MYT
Remaja maut digilis Bezza ketika berkonvoi
Mangsa Muhammad Nasrul Adnan yang berkonvoi bersama 12 rakan lain meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan. - Foto PDRM
ALOR GAJAH: Seorang remaja maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kereta, sebelum digilis kenderaan lain di Kilometer 202.9 Lebuhraya PLUS (arah utara), tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu, mangsa Muhammad Nasrul Adnan,18, yang berkonvoi bersama 12 rakan lain meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, kumpulan itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan setibanya di lokasi mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 telah melanggar belakang sebuah kenderaan jenis Pajero di lorong kiri.
“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa bersama 12 lagi rakannya sedang berkonvoi dari arah Melaka ke Kuala Lumpur untuk pulang ke rumah.
“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa telah melanggar belakang Pajero sehingga menyebabkan mangsa telah terjatuh sebelum digilis sebuah Perodua Bezza yang tidak sempat mengelak,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mengulas lanjut ujarnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat manakala pemandu lain yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pihaknya turut meminta pemandu kenderaan pacuan empat roda dipercayai jenis Mitsubishi Pajero untuk tampil membantu siasatan.
“Rakan-rakan si mati yang turut sama berkonvoi dan orang awam yang melihat kejadian turut diminta tampil memberi keterangan,” ujarnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#emaja maut digilis
#Lebuhraya PLUS
#Alor Gajah
#Beeza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan