awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut, MPV terhumban dalam gaung

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/10/2019
02:27 MYT
Remaja maut, MPV terhumban dalam gaung
MPV dipercayai hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan lalu terjatuh ke dalam gaung. Foto ihsan JBPM
Seorang remaja lelaki maut, manakala ibu bapanya cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 58.4 Jalan Raya Timur Barat Gerik - Jeli, di sini, pada Ahad.
Dalam kejadian petang semalam, mangsa Syahmi Norazizan, 13 tahun, yang duduk di bahagian belakang, parah di kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gerik.
Bapanya, Norazizan Abd Malek, 48 tahun, difahamkan cedera manakala ibunya Rosilawati Abd Wahab, 46 tahun, mengalami pendarahan di kepala dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kemalangan itu kira-kira jam 5.30 petang.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki keluarga berkenaan dari arah Gerik menghala ke Jeli.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, MPV yang dipandu melalui selekoh berbukit dipercayai hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan dan terjatuh ke dalam gaung.
“Penumpang belakang berusia 13 tahun yang juga anak pemandu parah dan dibawa ke Hospital Gerik sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ismail berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#besi penghadang jalan
#cedera
#gaung
#Gerik
#hilang kawalan
#Hospital Gerik
#Ismail Che Isa
#Jalan Raya Timur Barat
#jeli
#kemalangan
#kenderaan pelbagai guna
#mangsa
#maut
#meninggal dunia
#MPV
#polis
#remaja
#selekoh berbukit
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan