awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja maut terjatuh dari tingkat tujuh

Bernama
Bernama
15/04/2019
15:13 MYT
Remaja maut terjatuh dari tingkat tujuh
Mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh sebelum disahkan meninggal dunia. - Gambar hiasan
Seorang remaja berusia 15 tahun yang demam sejak tiga hari lepas, maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, mangsa Khorilsyahrulnizam Che Norizam mengadu pening kepala kepada bapanya yang baru pulang dari tempat kerja.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata bapa mangsa, Che Norizam Epon, 48, kemudian meminta anaknya tidur sebelum terdengar bunyi dentuman yang kuat.
"Menyedari kejadian itu, bapa mangsa segera turun dan mendapati anaknya cedera parah di kepala serta badannya berlumuran darah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh sebelum disahkan meninggal dunia.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan berhubung kes ini," katanya.
Rakaman berdurasi 18 saat memaparkan mangsa yang hanya berseluar jeans berada di aras bawah PPR itu tular di laman sosial hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#demam
#jatuh
#Khorilsyahrulnizam Che Norizam
#laman sosial
#mangsa
#maut
#meninggal dunia
#Mohd Zani Che Din
#pening kepala
#Petaling Jaya
#polis
#PPR Kota Damansara
#rakaman
#remaja
#siasatan
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan