PASIR PUTEH: Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal ditungganginya dipercayai terlanggar kereta di Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu, di sini, pada Selasa.
Kejadian jam 11.35 malam itu menyebabkan mangsa yang berusia 19 tahun melambung sebelum jatuh di tengah-tengah jalan dan meninggal dunia di lokasi.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta berusia 25 tahun itu dalam perjalanan ke kedai tayar.
"Setiba di lokasi, kereta yang berada di laluan Kota Bharu ke Terengganu telah memberi isyarat untuk ke kanan.
"Bagaimanapun, mangsa yang menunggang motosikal dari arah belakang telah melanggar kereta tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut beliau, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat bawah Seksyen 41 (I) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ujarnya, pemandu kereta terbabit ditahan bagi membantu siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik di talian 017-2047828. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Mar 15 2023

Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya dipercayai terlanggar sebuah kereta di Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu, di Pasir Puteh, pada Selasa. - Foto Sinar Harian

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

Kaherah bakal menjadi tuan rumah untuk Forum Urban Sedunia ke 12 (WUF12)
Pemilihan itu diumumkan dalam satu sidang media di Perhimpunan UN-Habitat di Nairobi, Kenya.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

Buang sisa kimia ke sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000
Sebuah kilang elektronik berasaskan semikonduktor didenda RM30,000 atas pertuduhan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka, tahun lalu.

Tuntutan Sulu: Kerajaan ambil segala tindakan pertahan kedaulatan negara - Azalina
Kerajaan mempunyai asas untuk mempercayai bahawa tuntutan itu bermotifkan kewangan, yang dibiayai oleh pembiaya litigasi yang tidak berpangkalan di Asia.

UN-Habitat: Puteri Arab Saudi sangkal dakwaan dana punca krisis dunia tidak dapat diselesaikan
Setiausaha Agung di Alwaleed Philanthropies ini turut mengingatkan bahawa krisis-krisis yang berlaku di seluruh dunia pada hari ini bukanlah perkara yang baharu.

Remaja melambung motosikal langgar kereta
Mangsa yang berusia 19 tahun melambung sebelum jatuh di tengah-tengah jalan dan meninggal dunia di lokasi.

Ibu dan anak maut dalam kemalangan babit lima kenderaan di DUKE
Kemalangan tragis itu berlaku kira kira jam 7 pagi ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah mereka di Taman Changkat Gombak.

Lelaki maut kemalangan depan IPK Kedah
Kejadian jam 11.30 pagi itu turut melibatkan sebuah kereta dipandu seorang pegawai awam di IPK Kedah.