awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja patah tangan, kaki melambung ke atas bumbung dirempuh pemandu khayal dadah

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
07/12/2021
13:33 MYT
Remaja patah tangan, kaki melambung ke atas bumbung dirempuh pemandu khayal dadah
Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu, mangsa terselamat namun mengalami kecederaan serius patah paha dan tangan kiri. - Gambar/ Ihsan pembaca
BACHOK: Seorang remaja berusia 19 tahun terpelanting dan melambung ke atas bumbung sebuah bengkel akibat dirempuh sebuah kereta di Kampung Pak Badol, di sini hari ini.
Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu, mangsa terselamat namun mengalami kecederaan serius patah paha dan tangan kiri.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata kereta terbabit dipercayai terbabas ketika memotong kenderaan lain lalu merempuh mangsa yang menunggang motosikal di laluan bertentangan.
"Mangsa melambung sejauh kira-kira lima meter dan jatuh di atas bumbung bengkel berkenaan. Mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
"Ujian air kencing ke atas pemandu kereta itu mendapati dia positif Methamphetamine serta mempunyai tujuh rekod jenayah berkaitan dadah," katanya di sini, hari ini.
Mohamad Ismail berkata kereta terbabit dipercayai terbabas ketika memotong kenderaan lain.
Mohamad Ismail berkata kereta terbabit dipercayai terbabas ketika memotong kenderaan lain.
Beliau berkata, polis juga menemui dadah jenis heroin seberat tiga gram dan 102 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM3,000 dalam kereta yang dipandu lelaki berusia 36 tahun itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selain Seksyen 39a(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#melambung atas bumbung
#Bachok
#positif dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan