awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja perempuan hilang ditemui selamat

Sinar Harian
Sinar Harian
07/09/2023
02:20 MYT
Remaja perempuan hilang ditemui selamat
Remaja perempuan terbabit telah dibawa semula ke IPD Jasin untuk siasatan selanjutnya. - Foto fail/Sinar Harian
JASIN: Remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya pada Ahad lalu ditemui selamat di Kampung Paya Rumput Jaya Sungai Udang, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, remaja berusia 14 tahun itu dipercayai bersembunyi di rumah ibu saudara teman lelakinya.
Menurutnya, pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin telah ke lokasi kira-kira jam 1.30 tengah hari.
"Remaja perempuan terbabit telah dibawa semula ke IPD Jasin untuk siasatan selanjutnya dan ahli keluarga juga telah dimaklumkan mengenai hal itu.
"Polis turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak pihak yang menyalurkan maklumat sehingga orang hilang ditemui," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Media pada Selasa, melaporkan seorang remaja perempuan nekad melarikan diri bersama teman lelakinya dipercayai untuk menenangkan diri.
Remaja terbabit dilaporkan hilang setelah keluar dari rumahnya di Kampung Chohong, Chin Chin dan mengikut teman lelaki yang tidak dikenali keluarganya.
Ahmad Jamil berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kehilangan pelajar sekolah menengah itu di IPD Jasin pada jam 10.32 pagi Isnin.
Menurutnya, remaja terbabit turut meninggalkan sekeping nota dan memberitahu dia keluar rumah untuk mencari ketenangan selain membawa beg. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#remaja hilang
#melarikan diri
#ditemui selamat
#Ahmad Jamil Radzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan