awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini
Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq
Syarikat telco diminta segera pulihkan gangguan perkhidmatan selular di Pulau Tioman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja perempuan tikam ibu saudara didakwa esok

Bernama
Bernama
06/01/2025
13:45 MYT
Remaja perempuan tikam ibu saudara didakwa esok
Helmi berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata. - Gambar Astro AWANI
BUKIT MERTAJAM: Remaja perempuan yang ditahan kerana menikam ibu saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Perai Jaya, Perai di sini pada Jumaat lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes melibatkan remaja berumur 14 tahun itu dan mendapat arahan untuk mendakwanya esok.
"Kertas siasatan kes tikam melibatkan remaja perempuan itu telah lengkap, setakat ini mangsa yang juga ibu saudaranya berusia 35 tahun yang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata.
Pada Jumaat, seorang wanita mengalami kecederaan di perut selepas ditikam dengan pisau oleh anak saudaranya ketika berlaku pertengkaran mulut antara mereka dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Perai Jaya, Perai di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#pertengkaran mulut
#senjata
#hospital swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan