MALAYSIA
Reman dua anak, isteri pengamal perubatan dilanjut enam hari lagi

Reman terhadap dua beradik tiri bersama ibu mereka yang disyaki memiliki 35 kilogram ganja mampat serta sepucuk pistol bersama peluru serta kelonsong di Ketereh, disambung enam hari lagi. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Reman terhadap dua beradik tiri bersama ibu mereka yang disyaki memiliki 35 kilogram (kg) ganja mampat serta sepucuk pistol bersama peluru serta kelongsong di Kampung But, Ketereh di sini disambung enam hari lagi.
Ringkasan AI
- Tiga ahli keluarga ditahan dua beradik tiri dan ibu mereka selepas polis merampas 35kg ganja mampat, sepucuk pistol Glock, 16 peluru serta empat kenderaan mewah dalam serbuan di Kampung But, Ketereh pada 5 Ogos 2025.
- Kedua-dua suspek lelaki didapati positif dadah (methamphetamine dan ketamin), manakala ibu mereka negatif. Mereka dipercayai menggunakan rumah sebagai stor sebelum mengedar dadah melalui perkhidmatan kurier.
- Reman disambung enam hari lagi sehingga 18 Ogos bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Suspek ditahan dalam serbuan dilakukan pukul 4.30 pagi pada Selasa lepas.
Suspek lelaki berusia 24 dan 34 tahun bekerja sebagai pembantu di klinik milik bapa mereka, manakala wanita berusia 46 tahun itu, seorang suri rumah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami