awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman lima suspek warga Myanmar bunuh pemilik kebun buah naga disambung seminggu

Bernama
Bernama
26/02/2023
10:09 MYT
Reman lima suspek warga Myanmar bunuh pemilik kebun buah naga disambung seminggu
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed, berkata perintah sambung reman terhadap suspek berusia dalam lingkungan 19 hingga 49 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Seremban, Loh Xian Yi, hari ini. - BERNAMA
SEREMBAN: Lima lelaki warga Myanmar yang disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang pemilik kebun buah naga di Tanah Merah, Port Dickson, yang mayat mangsa ditemukan pada 18 Feb lalu, disambung reman selama seminggu.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed, berkata perintah sambung reman terhadap suspek berusia dalam lingkungan 19 hingga 49 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Seremban, Loh Xian Yi, hari ini.
Tempoh reman seminggu sebelum ini tamat hari ini.
"Kesemua mereka tiada dokumen perjalanan yang sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya, dalam kenyataan, di sini.
Mayat mangsa lelaki berusia 44 tahun itu ditemukan dalam keadaan tertiarap serta kedua-dua kaki dan tangan diikat dengan tali di kebun tersebut, dipercayai dibunuh bermotifkan dendam.
Polis kemudiannya menahan empat lelaki berkenaan di Shah Alam, Selangor manakala seorang lagi ditahan di Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur pada 19 Feb dengan siasatan awal mendapati beberapa suspek mengaku terlibat dalam kes berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki warga Myanmar
#kes bunuh pemilik kebun buah naga
#Tanah Merah Port Dickson
#Polis Daerah Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan