awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman pegawai khas Najib disambung sehingga Ahad

Bernama
Bernama
13/07/2018
07:33 MYT
Reman pegawai khas Najib disambung sehingga Ahad
SPRM sebelum ini sudah menahan tiga individu bagi membantu siasatan berkenaan. - Gambar hiasan
Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan tempoh reman seorang pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, disambung dua hari mulai esok bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.
Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan tahanan reman itu dilanjutkan sehingga Ahad selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan.
Lelaki berusia 44 tahun bergelar 'Datuk' itu sebelum ini direman empat hari sejak Selasa sehingga hari ini.
Beliau ditahan pada Isnin selepas dipanggil ke ibu pejabat SPRM di sini bagi memberi keterangan.
Beliau yang berpakaian lokap SPRM berwarna oren dibawa ke Mahkamah Majistret pada kira-kira 10.50 pagi sebelum dibawa keluar pada 12.15 tengah hari selepas prosiding berakhir.
Peguam yang mewakili beliau, Ridha Abdah Subri, turut hadir di mahkamah hari ini.
Sebelum ini, sebuah portal berita mendakwa bekas pemimpin tertinggi negara menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.
Pelaksanaan projek itu dikatakan melangkaui proses biasa ditetapkan Kementerian Pendidikan supaya tender projek berkenaan tidak diberikan secara terbuka, sebaliknya diserahkan terus kepada syarikat sewaan kereta di Bintulu.
SPRM sebelum ini sudah menahan tiga individu termasuk seorang pengarah syarikat bagi membantu siasatan berkaitan projek berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk
#Mahkamah Majistret
#Najib Razak
#panel tenaga solar
#pegawai khas
#penyelewengan
#reman
#Sarawak
#sekolah
#Shah Wira Abdul Halim
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan