awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/07/2024
05:20 MYT
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Sebelum ini, perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 33 tahun itu telah dibenarkan selama enam hari bermula Khamis. - Foto Astro AWANI
KULIM: Tempoh tahanan reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan berhubung kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun, minggu lalu.

Ringkasan AI
  • Tahanan Reman: Seorang pemilik kebun disambung tahanan reman selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia selepas makan keropok beracun.
  • Asas Siasatan: Tindakan ini berdasarkan Seksyen 31(1)(a) Akta 611 pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkenaan benda beracun.
  • Kejadian: Kedua-dua mangsa, Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian (3 tahun) dan Muhammad Luth (2 tahun), didakwa mengambil keropok yang disyaki bercampur racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar.

Sebelum ini, perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 33 tahun itu telah dibenarkan selama enam hari bermula Khamis.
Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan iaitu kelakuan cuai berkenaan benda beracun.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan penahanan reman terhadap seorang lelaki dibuat bagi membolehkan siasatan terhadap kes kematian dua beradik terbabit selepas disyaki makan keropok beracun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di sini.
Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, dilaporkan meninggal dunia pada Rabu manakala adiknya, Muhammad Luth, 2, menghembuskan nafas terakhir dua hari kemudian.
Dalam kejadian 7 Julai lalu, kedua-dua mangsa dilaporkan telah mengambil keropok disyaki bercampur racun tikus yang digantung di pagar dawai besi kebun, terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka.
Racun itu diletakkan pemilik kebun dipercayai bagi tujuan menghalau haiwan liar yang berkeliaran dan mengganggu tanaman yang diusahakan.
Topic Berkaitan
#keropok beracun
#reman suspek disambung
#Kulim
#dua beradik meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan