awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman suspek raba, cabul kanak-kanak di surau disambung

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/12/2019
04:19 MYT
Reman suspek raba, cabul kanak-kanak di surau disambung
Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Mohammad Alif Abdul Aziz, membenarkan polis menahan reman suspek selama empat hari lagi bagi melengkapkan siasatan. - Foto Astro AWANI
Reman ke atas suspek disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun di dalam tandas Surau Al Ikhlas Zon Mawar, dekat Sungai Petani, pada 13 Disember lalu disambung empat hari lagi sehingga 2 Januari 2020.
Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Mohammad Alif Abdul Aziz, membenarkan polis menahan reman suspek selama empat hari lagi bagi melengkapkan siasatan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Kuala Muda, Superitenden Shamsudin Mamat, berkata, suspek yang berkerja sebagai kelindan lori berusia 31 tahun ditangkap pada 23 Disember lalu selepas lelaki terbabit datang ke Balai Polis Bidong untuk menyerah diri.
Katanya, suspek kemudiannya mengaku telah melakukan jenayah cabul ke atas kanak-kanak perempuan terbabit seperti yang viral di media sosial. BACA: Peluk dan raba kemaluan budak perempuan di surau, lelaki berkulit gelap diburu BACA: Lelaki cabul kanak-kanak di tandas surau serah diri di balai polis
Sebelum ini polis telah melakukan dua serbuan di rumah suspek di Kampung Haji Ngah, Bedong bagaimanapun suspek tiada di rumah dipercayai melarikan diri sejak tersebar video viral perlakuannya itu.
Polis juga merampas sehelai baju warna biru gelap bertulis "KELUARGA" dipercayai dipakai semasa kejadian seperti dalam video.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
Video perlakuan keji suspek berjaya dirakam Kamera Litar Tertutup (CCTV) Surau Al Ikhlas Zon Mawar, dekat Sungai Petani pada 13 Disember lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu mangsa bersama sepupunya sedang bermain di taman permainan bersebelahan surau berkenaan.

Suspek dilihat bertindak memanggil mangsa ke tandas surau sebelum memeluk dan memegang kemaluan mangsa.

Susulan itu, mangsa bertindak memaklumkan kejadian kepada bapanya.

Ekoran itu bapa mangsa meminta bantuan pihak surau untuk memeriksa CCTV di surau terbabit.

Katanya, rakaman CCTV mendapati lelaki bertubuh sederhana dan berkulit gelap itu memberhentikan motosikal berdekatan tandas surau sebelum memanggil dan mencabul mangsa.

Beliau berkata, mangsa meronta dan berjaya melepaskan diri dan suspek kelihatan segera meninggalkan tempat kejadian.

Topic Berkaitan
#cabul
#CCTV
#jenayah
#Kanak-kanak
#mangsa
#raba kemaluan
#reman dilanjut
#Sungai Petani
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan