awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas CEO Yahoo Marissa Mayer perkenal pembantu maya AI baharu 'Dazzle'
Keputusan 1MDB Najib ditangguh, sambung lepas solat Jumaat
8 maut bangunan runtuh di Mesir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman suspek samun di Semenyih disambung seminggu

Bernama
Bernama
08/08/2024
11:30 MYT
Reman suspek samun di Semenyih disambung seminggu
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata proses sambung reman dibuat berikutan tempoh reman mereka tamat semalam dan hari ini. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Tempoh reman empat lelaki bagi membantu siasatan kejadian samun bersenjata sebuah rumah di Semenyih dekat sini, minggu lepas, disambung tujuh hari lagi.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata proses sambung reman dibuat berikutan tempoh reman mereka tamat semalam dan hari ini.
"Polis juga giat mengesan dan mengenal pasti suspek kelima kes ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
Empat lelaki berkenaan terdiri daripada tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan seorang orang awam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Dalam kes berasingan, Hussein berkata polis sedang memohon lanjutan reman terhadap seorang anggota PGA yang tamat hari ini selepas dia ditahan kerana disyaki terlibat memiliki dan memproses ketum, 6 Ogos lepas.
"Kita menjumpai ketum dan barangan lain semasa serbuan dan siasatan masih dilakukan untuk mengetahui sama ada ketum itu diproses di situ," katanya.
Media semalam melaporkan anggota PGA berkenaan ditahan bersama dua orang awam dan enam warga asing kerana disyaki terbabit kegiatan memproses air ketum dalam serbuan di Markas Briged Tengah PGA di Cheras, di sini pada 1 pagi, 6 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#samun di Semenyih
#reman suspek disambung
#Polis Selangor
#PGA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan