awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman wanita bunuh suami, rakan subahat disambung enam hari lagi

Bernama
Bernama
22/07/2022
12:17 MYT
Reman wanita bunuh suami, rakan subahat disambung enam hari lagi
Reman terhadap seorang wanita yang disyaki memukul suaminya sehingga mati serta rakan lelakinya yang bersubahat dalam kejadian di Flat Nipah, Taman Daya Jumaat lepas disambung enam hari lagi sehingga Khamis depan. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Reman terhadap seorang wanita yang disyaki memukul suaminya sehingga mati serta rakan lelakinya yang bersubahat dalam kejadian di Flat Nipah, Taman Daya di sini Jumaat lepas disambung enam hari lagi sehingga Khamis depan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata perintah reman berkenaan dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Dhilip Nair.
"Kedua-dua mereka yang terlibat telah dikenakan perintah reman sambungan selama seminggu, bermula hari ini hingga 28 Julai," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
BACA: Suspek bunuh suami direman tujuh hari
Dalam kejadian Jumaat lepas, seorang lelaki bekerja sendiri berusia 44 tahun ditemukan maut dengan muka dan kepala mengalami kecederaan, dipercayai diserang menggunakan objek tumpul dan dipukul oleh isterinya.
Suri rumah berusia 36 tahun itu dipercayai membunuh suaminya ketika berada di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
Ibu kepada dua orang anak itu kemudiannya ditahan polis di kawasan berhampiran ketika cuba melarikan diri dan rakan lelakinya berusia 52 tahun ditahan di sekitar Majidee hari yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#reman
#bunuh suami
#pukul suami
#Flat Nipah
#Taman Daya
#Polis Daerah Johor Bahru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan