awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek bunuh suami direman tujuh hari

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
16/07/2022
03:15 MYT
Suspek bunuh suami direman tujuh hari
Wanita berusia 36 tahun itu tiba di mahkamah pada jam 8.45 pagi diiringi polis. - Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Seorang suri rumah yang ditahan selepas dipercayai memukul suaminya hingga maut di Taman Daya pada Jumaat ditahan reman tujuh hari sehingga 22 Julai depan.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Melody Woon Sze Mun.
Wanita berusia 36 tahun itu tiba di mahkamah pada jam 8.45 pagi diiringi polis.
Semalam seorang lelaki ditemukan maut di kediamannya dipercayai dipukul isterinya di tingkat 3, blok 14, Flat Nipah di Taman Daya.
Mangsa, Lee Ming How, 44, ditemukan dalam keadaan terbaring.
BACA: Motif bunuh suami, isteri dipercayai dibawah pengaruh dadah - Polis
Kejadian dipercayai berlaku pada jam 7.50 pagi semalam di kediaman keluarga disaksikan anak mangsa berusia 11 tahun.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dalam satu kenyataan berkata, suspek juga positif jenis dadah methapethamine dan amphetamine.
Katanya polis sedang mengesan seorang lagi suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes ini dan boleh membantu siasatan.
Hasil siasatan awal polis juga mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan kepala dipercayai diserang dengan objek tumpul.
Wanita terbabit juga mempunyai tiga rekod lampau iaitu dua kes berkaitan dadah dan satu kes jenayah mendatangkan kecederaan.
Topic Berkaitan
#reman
#suami
#bunuh
#isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan