KUALA LUMPUR: Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama di negara ini hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang kesesakan dilaporkan susulan aktiviti merentas negeri telah dibenarkan sejak, Isnin lepas.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata setakat 1 tengah hari tadi tiada pertambahan jumlah kenderaan yang luar biasa dilaporkan berlaku sama ada di Plaza Tol Sungai Besi atau Plaza Tol Jalan Duta.
"Polis tidak melihat tanda pengguna jalan raya berpusu-pusu untuk keluar masuk merentas negeri melalui lebuh raya utama memandangkan perjalanan rentas negeri telah dibenarkan buat kali pertama membabitkan hunjung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul pada Selasa," katanya kepada Bernama hari ini.
Pada Ahad lepas, Bernama melaporkan kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata keputusan itu dibuat berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 16 2021
Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama di negara ini hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang kesesakan dilaporkan susulan aktiviti merentas negeri telah dibenarkan sejak, Isnin lepas. - BERNAMA
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Aliran trafik dari Pantai Timur ke Lembah Klang sesak, utara dan selatan terkawal
Aliran trafik di lebuh raya dari pantai timur menuju Lembah Klang masih sesak malam ini manakala trafik dari utara dan selatan semakin terkawal.
Aliran trafik dari utara dan Pantai Timur ke Lembah Klang sesak
Aliran trafik di lebuh raya dari utara dan Pantai Timur menuju ke Lembah Klang padat setakat petang ini.
Aliran trafik di Gua Musang sesak, perantau mula pulang
Aliran trafik di Jalan Jeli-Gua Musang, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Kuala Krai-Gua Musang sesak ekoran perantau mula pulang ke destinasi masing-masing selepas berakhir cuti Aidilfitri.
Aliran trafik ke Lembah Klang sesak di semua lebuh raya utama
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang sesak malam tadi susulan warga kota pulang dari kampung halaman.
Aliran trafik di lebuh raya utama lancar
Bagaimanapun, LLM menjangkakan pertambahan jumlah kenderaan hari ini ekoran pengguna pulang ke kampung di saat akhir.
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 malam ini lancar, dengan tiada sebarang kesesakan teruk dilaporkan berlaku.
Aidilfitri: Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 4 petang ini, ekoran pertambahan kenderaan menjelang perayaan Aidilfitri.
Aidilfitri: Tol percuma bermula hari ini, aliran trafik dijangka meningkat
Aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula hari ini.
Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak lancar setakat 10 malam ini.
Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya setakat 5 petang
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 5 petang ini, ekoran pertambahan kenderaan sempena cuti Aidilfitri.